fbp
WeirdKaya BM

“Nasib Baik Murah!” – Netizen Tepis Kecaman Tampil Pertahankan Pisang Goreng Shah Alam.

Apa yang panas tu?

Waktu petang mesti ramai yang tidak tahu ingin menikmati makanan yang bagaimana. Pada jam sebegini sudah tentu perut sedikit lapar dan ingin diisi dengan makanan. Namun ada segelintir daripada kita yang tidak suka menikmati hidangan berat pada waktu petang kerana ia tidak bersesuaian.

- Advertisements -

Oleh itu, makanan pilihan terbaik pastilah sesuatu yang tidak terlalu berat sebagai contoh makanan goreng-goreng. Mesti ada yang terkejut, apa itu makanan goreng-goreng betul tak? Istilah makanan goreng-goreng sering digunakan oleh masyarakat Malaysia yang merujuk kepada hidangan yang dijual di tepi jalan seperti pisang goreng dan keropok lekor.

- Advertisements -
@ezlokal.food Fav place kalau nak makan pisang goreng! Sedapppp tak cukup sikit #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #pisanggoreng #shahalamfoodie ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Terdapat satu lokasi gerai menjual pisang goreng yang sangat enak di sekitar Shah Alam. Biarpun ia hanya sebuah gerai kecil dan hanya terletak di tepi jalan namun goreng-goreng di sini sangatlah rangup dan enak. Jika ingin ke gerai ini, boleh sahaja waze Shell Sunway Kayangan kerana ia hanya terletak bersebelahan sahaja.

Paling menjadi kegemaran adalah pisang goreng mereka. Ia digoreng panas-panas dan sangat rangup. Bukan itu sahaja, pisang yang digunakan juga sangatlah manis dan memang berbaloi biarpun sedikit nipis.

- Advertisements -

Tidak hanya itu sahaja, di sini mereka juga menjual keropok lekor dan keledek goreng yang begitu lazat. Keropok lekor disini penuh dengan isi ikan dan yang paling penting ia tidak gatal kerana menggunakan bahan yang sangat berkualiti.

Sedap tapi nipis sangat, nasib baik murah!

Menjengah ke ruangan komen, warganet tidak sabar ingin mencuba pisang goreng tersebut dan ada juga segelintir netizen yang meninggalkan komen-komen yang kurrang senang untuk didengari.


We are hiring writers!
We are hiring writers!