fbp
WeirdKaya BM

“Murah Ke Tu?” – Serai Cafe Tawar Citarasa Mewah Buat Pelanggan.

Rasa premium confirm ketagih!

Makanan adalah satu sumber tenaga yang wajib diambil oleh manusia untuk meneruskan hidup. Makanan berkhasiat amatlah penting dalam mendorong tumbesaran badan yang baik.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, faktor pemilihan tempat juga memainkan peranan penting dalam membeli atau menikmati sesuatu makanan. Ruang makan yang kondusif sudah tentu menjadi pilihan utama kerana lebih selesa.

- Advertisements -
@ezlokal.food Please order Grilled Honey Lemon & Thyme Chicken if datang Serai Cafe ! 😭👍🏻 #seraicafe #goodfood #foodie #ezlokal #tiktokmalaysia #MYFoodie #foodexploration #datingcafe #shahalam #grilledhoneylemonchchicken ♬ original sound – 🎄Speed Audios🎄

Serai Cafe, lokasi terbaik untuk menikmati hidangan yang enak dengan ruang makan yang sangat selesa. Bertempat di KL East Mall Kuala Lumpur, kafe ini dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 10 malam.

Grilled Honey Lemon & Thyme Chicken, menu wajib cuba jika berkunjung disini. Tekstur ayam yang sangat juicy dan lembut memang cair di mulut. Lagi menyelerakan apabila ditambah pula dengan mash potato yang sedikit masin.

- Advertisements -

Double Cheese Burger! Bukan burger biasa kerana kelembutan daging burger resepi rahsia ini pasti tidak terdapat di tempat lain. Grilled onion yang banyak menambahkan lagi rasa enak dan aroma yang cukup memikat pada hidangan ini.

Spaghetti Carbonara pula sesuai buat mereka yang ingin merasai makanan yang tidak terlalu berat tetapi mengenyangkan. Spaghetti yang tidak terlalu lembik dan sangat creamy memang cukup menagihkan.

Murah ke tu?

“murah ke tu? ” - serai cafe tawar citarasa mewah buat pelanggan. | weirdkaya

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terliur melihat keenakan hidangan di Serai Cafe dan ada juga yang tidak sabar untuk merasainya sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!