fbp
WeirdKaya BM

Mengidam ‘Suka Dessert’ Auntie Ja Terkilan Terima Komen Negatif Netizen – “Macam Ni Cakap, Sampai Hati!”

Siapa craving angkat tangan?

Usahawan terkenal, Siti Hajar Mohd Razali atau mesra disapa Auntie Ja sekali lagi tular di media sosial kerana meluahkan rasa kecewa terdahap komen negatif dari netizen terhadap dirinya.

- Advertisements -
@sukadessert.hq Darlings.. Auntie Ja craving dessert sendiri. Ya Allah.. sedapnyaaa kalau dapat makan Oval Cookies dgn Cake in Bowl… 😋🥹 #ownersukadessert ♬ original sound – Sukadessert.hq

Sebelum ini, Auntie Ja sempat memuatnaik satu hantaran di TikTok, meluahkan rasa teringin menikmati manisan yang terdapat di kedainya setelah menjalani proses diet dalam tempoh masa yang tertentu.

- Advertisements -

Dalam pada itu, hantaran tersebut telah menerima komen negatif daripada seorang pengguna TikTok yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap usahawan terbabit.

@sukadessert.hq Replying to @yeyein💨🫧 Ok, siapa nak dessert dgn punten, komen lahh.. Auntie Ja belanja. Tapi… esok Auntie Ja pilih siapa 6 orang tu yaa..😄😍 #ownersukadessert ♬ original sound – Sukadessert.hq

“Macam ni dia cakap. Ya Allah sampai hati!

- Advertisements -

“Tahu tak, Aunti Ja kan ada cakap craving cake in bowl, punten, dan ovel cookies. Benda tu memang betul-betul, bukan marketing sebab dah menggigil craving, terliur sangat masa tu,” Kata Auntie Ja.

Selain itu, pengasas Sukadessert itu memberitahu dirinya sangat teruja kerana tempoh dietnya sudah berada di penghujung dan bermurah hati untuk membelanja beberapa produknya kepada enam orang yang bertuah.

“Esok Khamis, Aunti Ja last diet.

“Jadi esok, Aunti Ja boleh makan semua tu. Tapi dengan kuantiti yang sedikit taklah banyak, sebab sayang kita dah turun banyak kilogram.

“Aunti Ja nak belanja cake in bowl, punten, ovel cookies, tiga benda ni yang Aunti Ja craving untuk enam orang. Tetapi kena komen kenapa darling nak atau apa sahaja asalkan dengan syarat jangan buat ayat sedih,” Katanya lagi.

Auntie Ja really reminds me of willy wonka since you both have strong passion with chocolate & cheerful person! i never tried suka dessert before but hopefully i can get this “golden ticket”.

Mengidam 'suka dessert' auntie ja terkilan terima komen negatif netizen -
Mengidam 'suka dessert' auntie ja terkilan terima komen negatif netizen -

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa teringin untuk mecuba manisan yang dijual oleh usahawan terbabit dan ada juga mendoakan agar Auntie Ja terus dimurahkan rezeki.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!