fbp
WeirdKaya BM

“Menangis Orang Jalan Kebun!” – Netizen Gusar Restoran Salai Power Makin Popular.

Beratur panjang, betul ke?

Masak lemak salai adalah masakan yang sering diminati oleh semua masyarakat tidak mengira kaum di Malaysia. Masak lemak salai amat popular di Negeri Sembilan kerana masakan ini dikatakan berasal usul dari negeri tersebut.

- Advertisements -

Masak lemak menggunakan santan sebagai bahan utama membuatkan tekstur kuah menjadi pekat. Bukan itu sahaja, rasa pedas yang wajib ada menjadi pelengkap untuk masakan ini bertambah enak.

- Advertisements -
@ezlokal.food Salai power ni memang POWER podeh ea !! Terai dulu baru tahu ! Leleh ko tak leleh 🫣🤭 #salaipowerjalankebun #jalankebun #shahalam #dagingsalai #ayamsalai #podeh #masaklomakciliapi #foodlover #ezlokal #foodexploration #tiktokmalaysia #fyp #cny ♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.Riduan_Oficial92

Salai Power, sebuah restoran yang menjual pelbagai aneka masakan berasaskan lauk masak lemak salai. Berlokasi di Jalan Kebun Tambahan, 40450 Shah Alam, Selangor, ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Daging pekasam masak lemak, menu wajib cuba jika berkunjung ke sini. Daging yang sangat lembut dan saiz yang tidak terlalu kecil memang puas hati. Bukan itu sahaja, rasa pedas, masin, masam dan berlemak memang satu kombinasi rasa yang cukup menarik.

- Advertisements -

Daging salai masak lemak juga tidak kurang enaknya. Namun buat mereka yang tidak suka akan pedas menu ini tidak disarankan buat anda. Aroma daging salai yang cukup kuat bersama kuah masak lemak yang pekat sudah tentu bikin ketagih.

Pais tempoyak ikan patin khas buat mereka yang tidak menyukai daging atau ayam. Ikan dibasuh dan dimasak dengan sempurna menyebabkan tiada rasa hanyir ataupun berlendir. Dimakan pula bersama ikan pekasam memang layan habis.

Menangislah orang jalan kebun makan kat sini.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terliur melihat keenakan gulai masak lemak tersebut dan ada juga yang meninggalkan komen-komen positif terhadap restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!