fbp
WeirdKaya BM

“Memang Tak Nampak!” – Netizen Terkejut Kewujudan Nasi Ayam Jelutong.

Ni dikira mistik ke?

Nasi Ayam sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup popular di Malaysia. Nasi Ayam mudah didapati di mana-mana sahaja kerana boleh dinikmati oleh semua lapisan bangsa.

- Advertisements -

Menurut sejarah, Nasi Ayam dikatakan sebagai makanan kegemaran masyarakat Cina dan merekalah yang membawa sajian ini memasuki Asia Tenggara. Hidangan ini semakin lama semakin berubah mengikut citarasa masyarakat tempatan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Kedai tanpa signboard dan menjual satu menu je. Tapi lepas dah rasa terus faham kenapa satu menu je! Sebab memang sedap! So flavourful , one of the best nasi ayam around there. #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #nasiayam #roastedchicken #shahalamfoodie #bukitjelutong ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Nasi Ayam Jelutong! Lokasi terbaik untuk mendapatkan Nasi Ayam yang enak. Bersebelahan dengan Seni Patisserie Bukit Jelutong, gerai ini sedikit tersembunyi dan anda harus peka jika ingin berkunjung ke gerai tersebut.

Nasi yang begitu lembut dan beraroma memang cukup sesuai untuk semua lapisan umur. Bukan itu sahaja portion Nasi Ayam yang begitu banyak memang mengenyangkan dan membuat ramai pelanggan berpuas hati.

- Advertisements -

Tekstur ayam yang rangup dan juicy membuatkan sesiapa sahaja yang mencubanya pasti nak lagi. Selain itu, tak lengkap jika Nasi Ayam tidak mempunyai sambal dan kicap. Jangan bimbang, sambal yang sedikit manis dan pedas dijamin pasti menagihkan.

Memang tersembunyi gerai ni!

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut melihat kewujudan gerai Nasi Ayam Jelutong dan ada juga yang sudah mula merancang untuk pergi ke gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!