Pengasas Niase, Dania Sedek yang sering menjadi kontroversi di kalangan netizen sekali lagi menerima tamparan hebat apabila ditegur secara terbuka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terdahulu, menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di platform X memperlihatkan usahawan muda itu menujukkan proses pembuatan air asam siam menggunakan ‘glove’ kuning yang dikatakan tidak sesuai dalam tujuan penyediaan makanan
KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 20, 2024
Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan… https://t.co/r2k4f2IG6a
Namun begitu, ciapan itu telah menerima komen balas pihak KKM dan menerima pelbagai reaksi warganet yang bersetuju akan teguran tersebut.
Enggan membiarkan isu ini terus berpanjangan, usahawan muda itu tampil memberikan penjelasan dan komen balas berkenaan teguran terbabit di akaun TikTok miliknya.
@daniasedek Replying to @makngah elly ♬ original sound – Dania Sedek
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di TikTok, Dania memohon maaf dan mengakui kesilapannya serta berjanji tidak akan mengulangi tindakan itu sekali lagi.
“Pertama sekali, saya betul-betul minta maaf. Kali ini memang saya salah.
“Ya Allah, saya memang tidak sangka sebab saya fikirkan glove kuning itu food grade, dan warna itu adalah our brand colour, saya suka warna kuning.
“Kali ini memang saya salah, insya-Allah saya akan betulkan, saya akan buat yang lebih baik lagi selepas ini. Jangan risau glove yang saya pakai masa dalam video itu sudah saya buang kerana tidak sesuai seperti apa yang dikatakan oleh pihak KKM.” katanya.
Dalam pada itu, Dania juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KKM kerana sudi memberi teguran yang membina dan berharap ia juga dapat dijadikan contoh kepada peniaga lain untuk lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan.
“Terima kasih untuk KKM, kerana memberi teguran yang membina.
“Semoga menjadi pengajaran untuk peniaga-peniaga lain juga agar lebih berhati-hati. Saya minta maaf sangat-sangat, saya salah dan saya akan betulkan. Terima kasih untuk sokongan semua.” katanya lagi.
So positif! This kind of attitude yang perlu ada pada semua busines person, tak betul, kita betulkan, dan take it positively.
Menelusuri ke ruangan komen, warganet memuji Dania kerana tidak cepat melatah dan boleh menerima teguran secara terbuka serta mengakui kesilapan dan berjanji akan memperbaikinya semula.