fbp
WeirdKaya BM

Masih Relevan! Warisan Rojak Cendol Asli Guna Resepi Turun Temurun Hampir 30 Tahun.

Pekat & likat mengiurkan bikin ketagih!

Cendol yang terkenal di Malaysia bahkan diketahui di seluruh Asia Tenggara menjadi pencuci mulut yang digemari ramai. Menggunakan bongkah ais lalu dikisar dan disiram bersama gula melaka minuman ini sangat sesuai dinikmati tatkala waktu petang.

- Advertisements -

Seterusnya, untuk menambah rasa lemak! Cendol akan dicampurkan bersama santan pekat sebelum digaul bersama bahan-bahan yang lain. Jeli hijau diperbuat daripada tepung beras pula akan dijadikan sebagai bahan sampingan penyedap rasa kerana teksturnya sedikit kenyal.

- Advertisements -
@ezlokal.food Memang patutlah legend, sedap must try rojak mi sambal sotong #klfoodie #rojak #cendol #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #virall #shahalamfoodie #bukitjelutong ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Warisan Rojak Cendol Asli! Adalah gerai cendol yang sudah bertapak hampir 30 tahun dalam proses pembuatan cendol dan rojak. Gerai ini berlokasi di hadapan Jaya Grocer, Bukit Jelutong.

Cendol! Pencuci mulut yang menjadi best seller di gerai ini sering diburu oleh para penggemarnya. Kacang merah dan cendol dibuat sendiri mengunakan resepi turun temurun menyebabkan ia lain dari yang lain. Rasa lemak dan gula melaka yang pekat memang menghilangkan dahaga penat seharian.

- Advertisements -
Masih relevan! Warisan rojak cendol asli guna resepi turun temurun hampir 30 tahun. | weirdkaya

Rojak Mi Sambal Sotong! Menu wajib cuba apabila berkunjung ke gerai ini. Kuah rojak yang cukup dengan rasa manis dan pedas ditambah bersama sambal sotong memang menambahkan lagi selera. Sotong yang lembut dan tidak berbau membuatkan ia boleh dimakan oleh sesiapa sahaja.

Rojak biasa pula tidak ketinggalan keenakan rasanya. Sayur-sayuran yang digunakan seperti timun dan sengkuang amatlah segar dan begitu rangup. Bukan itu sahaja, portion bagi semangkuk rojak begitu banyak dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Sedap memang tak tipu, beratus kali repeat pun takpe, asal puas!

Masih relevan! Warisan rojak cendol asli guna resepi turun temurun hampir 30 tahun. | weirdkaya
Masih relevan! Warisan rojak cendol asli guna resepi turun temurun hampir 30 tahun. | weirdkaya
Masih relevan! Warisan rojak cendol asli guna resepi turun temurun hampir 30 tahun. | weirdkaya

Menelusuri ke ruangan komen pula, rata-rata warganet memuji keenakan cendol dan rojak yang dijual di gerai itu dan ada juga yang ingin ke gerai terbabit bagi merasai sendiri keenakan makanan yang dijual.


We are hiring writers!
We are hiring writers!