fbp
WeirdKaya BM

“Masak Ke Inti Dalam Tu?” – Chinese Beef Roti Bukit Bintang Kini Di Shah Alam!

Jangan risau, pasti HALAL!

Roti adalah makanan yang cukup terkenal lebih-lebih lagi di negara Barat. Roti kebiasaannya dibuat daripada tepung gandum yang digaul bersama yis sebelum dibakar atau dimasak.

- Advertisements -

Mon Chinese Beef Roti merupakan makanan yang pernah tular dan menjadi rebutan orang ramai. Tekstur inti yang enak, memberikan satu kelainan rasa yang cukup berbeza kepada para pelanggan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Ni lah roti viral tu, dh ada di Bazar Ramadan. Lalu je depan kedai ni fuh aroma gorengan tu! #bazarramadan #bukapuasa #kongsijer #kongsibersama #bazarramadanstadiumshahalam #beefroti #ramadan #ramadan2024 ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Mon Chinese Beef Roti yang terletak di Bukit Bintang kini berada di Bazar Ramadan, Seksyen Stadium Shah Alam. Gerai ini mula beroperasi dari jam 4 petang sehingga selesai jualan.

Masih mengekalkan dua pilihan inti yang sama iaitu ayam dan daging, roti ini akan dimasak panas-panas setelah para pelanggan melakukan pesanan. Menariknya lagi, roti yang dijual disini akan digulung untuk mendapatkan tekstur yang rangup apabila sudah digoreng.

- Advertisements -

Namun begitu, harga yang ditawarkan di sini sedikit berbeza tidak sama seperti di Bukit Bintang. Bagi inti ayam ia dijual dengan harga RM9 manakala untuk daging pula RM10.

Kenapa orang tu tengok macam makcik petir? Mak farez ke? Tapi aku tengok macam YB Zuraidah je.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji keenakan roti tersebut dan ada juga yang berseloroh menyatakan penjual roti terbabit persis pempengaruh terkenal, mak cik petir.


We are hiring writers!
We are hiring writers!