fbp
WeirdKaya BM

“Manis Sampai Potong Kaki!” – Ais Kepal Bingsu Tuai Perhatian Netizen.

Pekat dan manis pasti bikin ketagih!

Bingsu adalah pencuci mulut yang sangat terkenal di Negara Korea dan mula diminati oleh masyarakat Malaysia. Bingsu terlihat seperti ABC namun hakikatnya ia sangat berbeza.

- Advertisements -

Bingsu lebih tepat jika disebut sebagai ais kikir apabila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Bingsu sangat menyegarkan dan terdapat khasiat yang tersendiri. Bingsu menggunakan buah-buahan segar dan sesuai dinikmati pada waktu panas.

- Advertisements -
@ezlokal.food Tersangatlah sedap & berbaloi, wajib cuba! The best hidden bingsu. #klfoodie #bingsu #mixfruits #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #virall #klangfoodie #kaparklang ♬ Kiw Kiw Cukurukuk (elite version) – Skinny Fun

Ais Kepal Bingsu yang terletak berhadapan Sekolah Kebangsaan Sementa, cukup terkenal di kalangan penduduk Klang. Gerai ini akan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad sahaja. Gerai ini mula beroperasi pada jam 2 p.m. hingga 9 p.m.

Mix Fruits Bingsu! menu wajib cuba kerana ia sangat menyegarkan dan begitu enak. Buah-buahan yang digunakan begitu rangup ditambah bersama cream cheese yang manis memang berlemak.

- Advertisements -

Strawberry & Choc Berryls Bingsu! Buat mereka yang tidak suka akan rasa yang terlampau manis, menu ini sangat sesuai untuk dipesan. Gabungan masam buah strawberry dan coklat menyeimbangkan rasa menjadi lebih sedap.

Coklat Melimpah & Cheese Parut Bingsu! Cheese parut yang melimpah dan coklat yang banyak memang puas hati. Lebih enak biarkan sementara supaya coklat dan cheese jadi lebih sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih lazat.

Punca viral kami sampai terus.. Mix buah dia memang super duper power.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memuji keenakan Bingsu tersebut dan ada juga yang bimbang terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan pencuci mulut itu.


We are hiring writers!
We are hiring writers!