Bagel atau dikenali juga sebagai beigel merupakan sejenis roti yang cukup terkenal dalam hidangan masyarakat Poland. Roti ini menggunakan doh gandum beryis dan rupa bentuknya seakan donut namun rasanya tidaklah sama. Bagel akan dibakar sehingga berubah warna, perang keemasan.
Bagel boleh ditemui dalam dua jenis iaitu bagel Montreal dan New York. Bagel Montreal dicampur malt dan telur, lalu direbus bersama air beserta madu sehingga rasanya lebih manis dan lebih kenyal. Bagel New York pula dicampur malt, diberi garam, tetapi direbus dalam air biasa. Dari segi tekstur ia lebih garing dan empuk.
@ezlokal.food Nak berbuka or moreh bagels & muffins tak ? Kena datang cuba sini sebab seriously sedap !! Sarapan Inggeris jalanan di KL but for this special month boleh dapatkan "Breakfast" pada waktu malam ! Menarik kan ?! Banyak lagi menu lain ! #bagels #muffin #kualalumpur #ramadhan2024 #ramadankembalikuat #KongsiJe #KongsiSelera #tamanmelawati #breakfastdotco #moreh #sahur ♬ Polaroid love enhypen – Scar ⁷ ⭑
BreakfasT.Co, merupakan restoran yang menyajikan masakan inggeris seperti Bagel yang enak dan tentunya berbaloi. Berlokasi di Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia dibuka setiap hari dan hanya tutup pada hari Isnin.
Pullbeef Omellete, menu best seller yang sememangnya rugi jika tidak merasainya. Isi daging yang tidak kedekut memang sangat puas hati. Bukan itu sahaja, portion yang ditawarkan juga begitu bnyak dan sesuai dikongsi untuk dua orang makan.
Big Supreme Breakfast menu yang sangat berbaloi kerana didatangkan dengan pelbagai jenis makanan dalam satu hidangan. Terdapat hashbrown, scrambled egg, beef bacon, dan sosej. Nak lagi sedap anda disarankan menikmati hidangan ini bersama sos cili, memang layan habis.
Cajun Chicken Muffin & Pullbeef Bagel. Portion ayam yang besar dan daging yang juicy pasti memberikan kekenyangan yang maksimum kepada pelanggan. Tekstur rasa yang sedikit savoury membuatkan hidangan ini langsung tidak memberikan rasa muak.
Dia keluar waktu macam ni pulak wei. Baru pukul 11 dah lapar tengok video ni.
Menjengah ke ruangan komen, warganet terliur melihat menu di Breakfast.Co dan ada juga yang tidak sabar untuk merasai sendiri makanan di restoran terbabit.