Pizza Hut bukanlah satu nama asing yang harus diperkenalkan lagi dalam industri makanan dan minuman. Pizza Hut ditubuhkan pada tahun 1958 dan mula beroperasi di Malaysia pada 19 Mei 1982 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.
Pizza Hut sentiasa mengeluarkan pelbagai menu baharu sejajar dengan permintaan pelanggannya. Restoran ini mahir dalam proses pembuatan pizza dan mempunyai pelbagai topping yang berbeza. Bukan itu sahaja, terdapat makanan sampingan lain seperti pasta, salad, dan ayam.
Terbaharu, Pizza Hut mengeluarkan satu menu baharu iaitu Pizza Hut Melt. Namun, menu satu ini telah mengundang pelbagai reaksi balas pelanggan dengan melontarkan pelbagai pandangan yang berbeza-beza
@nanasyira Rupa dia memang out betul sampai ada yang cakap “pizza tu terbalik ke” 😭 Tapi takpe sebab yang penting rasa dia 🥹 #fyp #fypシ #makanlokal #FoodFestOnTiktok #pizzahut #pizzahutmelts #pizzahutmeltsreview #pizzahutxdolla #pizzahutmalaysia ♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan
Pizza Hut Melt adalah satu menu yang sedikit berlainan dengan pizza yang dijual sebelum ini. Dari segi tekstur doh atau roti ia terlihat lebih nipis dan begitu crunchy. Selain itu, pizza hut melt ini juga menjanjikan topping dengan cheese yang meleleh dan tentunya puas hati.
Menariknya, menu ini terdapat empat perisa yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing. Antaranya Chicken Mania, BBQ Chicken, Surf’s Up, dan Aloha Lovers. Manakala untuk hidangan ini hanya Rm16.90 sahaja bagi pembelian lengkap satu set bersama air dan hidangan sampingan seperti kentang ataupun onion ring.
Ada orang cakap tu bukan pizza dia lebih kepada taco macam tu jangan lah expect lebih-lebih, dia kerak pizza nipis tau
Menelusuri ruangan komen, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa tidak puas hati dan ada juga yang membela dan menjelaskan menu baharu yang dikeluarkan oleh restoran terbabit.