fbp
WeirdKaya BM

“Lagi Sedap Dari D******S” – Shawarma Sham Restoran Paling Murah Di Shah Alam.

Paling murah, paling sedap.

Shawarma adalah makanan yang sudah mula mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia pada hari ini. Shawarma juga boleh diklasifikasikan sebagai kebab kerana bentuknya yang hampir sama dan dikatakan pada zaman dahulu makanan ini terkenal dengan nama doner kebab.

- Advertisements -

Shawarma adalah makanan asal masyarakat Timur Tengah iaitu Arab, Turki, Jordan, Mesir, dan Iraq. Shawarma adalah menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Shawarma didatangkan dengan pelbagai inti yang berbeza antaranya inti ayam, kambing, dan daging.

- Advertisements -
@ezlokal.food berani jamin, dah cuba sini u guys tak cari tempat lain dah. Memang sedap giler & intinya padat penuh belambak. Mengenyangkan & harga murah! #MYFoodie #ezlokalfood #fyp #makananviral #shahalamfood #makanansedapshahalam #shawarma #viral ♬ Cit Cit Cuit – Ditha Sofyan

Sham Restoran, lokasi terbaik untuk merasai hidangan istimewa ini. Restoran ini terletak di Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor dan dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

Shawarma Daging adalah menu best seller yang wajib anda cuba. Rasa yang sangat flavourful dengan isi daging yang sangat juicy memang kecur air liur. Bukan itu sahaja, inti daging yang diberikan juga amat banyak dan pasti setiap gigitan membuatkan mereka merasai hirisan daging yang lembut.

- Advertisements -

Shawarma Mixed Ayam & Daging. Menu ini sesuai buat mereka yang ingin merasai kedua-dua flavour . Tekstur ayam yang smoky memang nikmat apabila dimakan sewaktu masih panas. Sayur-sayuran yang digunakan juga amatlah segar dan begitu banyak memang puas hati.

Shawarma Ayam pula sesuai buat mereka yang tidak menginginkan rasa rempah yang terlalu kuat. Tekstur ayam yang juicy dan sos yang digunakan memang sangat sedap sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia.

“Dah lah murah, lagi sedap dari Bukit Bintang punya.”

Meninjau ke ruangan komen, warganet mengakui keenakan Shawarma Sham Restoran dan ada juga yang tidak sabar untuk mendapatkan hidangan itu di restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!