Usahawan muda, Dania Sedek sekali lagi tular di media sosial kerana berkongsi pendapat dalam proses penyediaan makanan.
@daniasedek Replying to @s ♬ bunyi asal – meon.. – meonn☺
Menerusi hantaran di TikTok, Dania tidak berkira untuk menanggung kos yang sedikit tinggi dalam berniaga asalkan dirinya berasa puas dapat menyediakan makanan yang terbaik kepada pelanggan.
“Ada peniaga-peniaga pelik dengan Dania kenapa letak so much effort untuk makanan padahal itu semua costing, masa, dan tenaga.
“Dania hanya mahu beri yang terbaik. Dania rasa puas dapat bagi yang terbaik dalam setiap masakan yang Dania masak. Dania nak pelanggan tu bila dia makan, dia happy. Makanan kan boleh buat kita gembira,” tulis Dania.
Dalam pada itu, pengasas Niase ini memberitahu bahawa dia tidak terburu-buru dalam mengelurkan satu menu baharu kerana mementingkan kualiti makanan dan kepuasan pelanggan.
“Takpelah renyah, costing sekalipun. Yang penting Dania puas hati dapat buat yang terbaik.
“Kalau anda perasan, Dania tak suka kalut nak keluarkan menu baharu. Apa yang Dania pentingkan adalah kualiti makanan dan servis yang diberikan serta kepuasan pelanggan bukannya untung semata-mata,” tambah Dania lagi.
Untuk info, Niase telah melancarkan satu menu baharu iaitu Tom Saab dan telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan.
Ini semua teknik memasak, orang yang memahami makanan akan adjust cara memasak to get the best flavor, texture and so on. Thank you Dania making the best recipes..
![&Quot;Keting Crunchy Tak Jelly&Quot; - Niase Utamakan Kepuasan Pelanggan, Tak Kesah Tanggung Kos Terlalu Tinggi. | Weirdkaya "keting crunchy tak jelly" - niase utamakan kepuasan pelanggan, tak kesah tanggung kos terlalu tinggi. | weirdkaya](https://cdn.weirdkaya.com/wp-content/uploads/photo-2024-12-07-18-24-32.jpg)
![&Quot;Keting Crunchy Tak Jelly&Quot; - Niase Utamakan Kepuasan Pelanggan, Tak Kesah Tanggung Kos Terlalu Tinggi. | Weirdkaya "keting crunchy tak jelly" - niase utamakan kepuasan pelanggan, tak kesah tanggung kos terlalu tinggi. | weirdkaya](https://cdn.weirdkaya.com/wp-content/uploads/photo-2024-12-07-18-24-30.jpg)
![&Quot;Keting Crunchy Tak Jelly&Quot; - Niase Utamakan Kepuasan Pelanggan, Tak Kesah Tanggung Kos Terlalu Tinggi. | Weirdkaya "keting crunchy tak jelly" - niase utamakan kepuasan pelanggan, tak kesah tanggung kos terlalu tinggi. | weirdkaya](https://cdn.weirdkaya.com/wp-content/uploads/photo-2024-12-07-18-24-27.jpg)
Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji usaha usahawan muda ini dalam memastikan makanan yang dihasilkan sentiasa berkualiti dan ada juga menzahirkan rasa gembira setelah menikmati hidangan yang cukup lazat di Niase.
![&Quot;Keting Crunchy Tak Jelly&Quot; - Niase Utamakan Kepuasan Pelanggan, Tak Kesah Tanggung Kos Terlalu Tinggi. | Weirdkaya We are hiring writers!](https://cdn.weirdkaya.com/wp-content/uploads/weirdkaya-intern-looking-v2-resized.png)