Rokok adalah sesuatu yang sangat bahaya dan boleh menjejaskan kesihatan. Perokok kebiasaannya lebih cenderung mendapat penyakit yang kronik seperti kanser paru-paru dan sakit jantung.
Baru-baru ini, terdapat satu cadangan untuk meletakkan rokok di seksyen tidak halal susulan ia pernah difatwakan haram sejak 1995. Perkara ini telah mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan akan dipertimbangkan semula.
Beliau juga berkata, bagi mendapat keputusan yang tepat pihaknya akan berbincang bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengenai perkara terbabit.
“Daripada perspektif kita ialah bahagian fatwa itu (pengharaman rokok).
“Jadi, sejauh mana nak menentukan (rokok) itu duduk di seksyen halal atau tidak, yang itu di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Jadi, saya akan cuba bincang,” kata Armizan.
Dalam pada itu, memetik laporan perubatan, penggunaan tembakau merupakan salah satu ancaman kesihatan awam terbesar yang pernah dihadapi dunia dengan statistik menunjukkan tabiat itu membunuh lebih daripada lapan juta penduduk dunia saban tahun.
Untuk info di Malaysia, terdapat 4.8 juta perokok dan dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian rakyat negara ini setiap tahun berkaitan dengan tabiat merokok.
Sumber: Harian Metro