---
title: "Rezeki Akhir Ramadan, Jualan Biskut Raya Penghuni Penjara Cecah RM 1 Juta"
url: https://weirdkaya.com/jualan-biskut-raya-penghuni-penjara/
date: 2025-03-30
modified: 2025-03-30
lang: en
author: "Halimey Zamal"
description: "Jualan biskut raya di Galeri Produk My Pride, Penjara Wanita Kajang berjaya memperolehi hasil jualan biskut raya hampir RM1 juta selepas tular di media sosial dan meneria sambutan yang sangat..."
categories:
  - "WeirdKaya BM"
image: https://cdn.weirdkaya.com/media/untitled-800-x-420-px.png
word_count: 208
---

# Rezeki Akhir Ramadan, Jualan Biskut Raya Penghuni Penjara Cecah RM 1 Juta

Jualan biskut raya di [Galeri Produk My Pride](https://www.instagram.com/p/DHpY72wRZnM/), Penjara Wanita Kajang berjaya memperolehi hasil jualan biskut raya hampir RM1 juta selepas tular di media sosial dan meneria sambutan yang sangat menggalakkan oleh orang awam.

## Jualan biskut cecah RM1 juta

> [ View this post on Instagram ](https://www.instagram.com/p/DHpY72wRZnM/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading)[A post shared by galeri produk mypride (@galeri_produk_my_pride)](https://www.instagram.com/p/DHpY72wRZnM/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading)

Menerusi hantaran Instagram Galeri Produk My Pride, pihak penjara mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi menyokong produk hasil air tangan penghuni penjara.

##### "Hasil jualan biskut raya 2025, Galeri Jualan Produk My Pride IPPM mencipta rekod jualan RM1 juta." tulis mereka.

Untuk info, penjara tersebut telah tular dan menerima kunjungan orang ramai setelah hantaran di TikTok yang dibuat oleh pempengaruh, [Tun Laila](https://www.tiktok.com/@yarafaee) mendapat perhatian di kalangan wargamaya.

Malah klip video mempromosikan produk penghuni penjara itu membuatkan mereka tidak menang tangan dan terpaksa menutup seketi penjualan biskut raya kerana kehabisan stok.

Artikel lain: [Asbab Kuasa Viral, Biskut Raya Air Tangan Banduan Penjara Kajang Habis Terjual](https://weirdkaya.com/asbab-kuasa-viral-biskut-raya-air-tangan-banduan-penjara-kajang-habis-terjual/)

![](https://cdn.weirdkaya.com/media/photo-2025-03-30-12-32-50.jpg)

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terharu melihat produk air tangan penghuni penjara laris terjual dan ada juga yang memberitahu para banduan dapat menikmati hidangan yang enak jikalau produk yang dihasilkan oleh mereka habis terjual.

## Penghuni penjara dapat makan sedap-sedap

![](https://cdn.weirdkaya.com/media/photo-2025-03-30-12-21-07-2.jpg)

## Alhamdulillah, rezeki buat mereka

![](https://cdn.weirdkaya.com/media/photo-2025-03-30-12-21-06.jpg)

## Big clap to Tun Laila sebab promote

![](https://cdn.weirdkaya.com/media/photo-2025-03-30-12-21-08.jpg)