fbp
WeirdKaya BM

“Jual Murah Dapat Untung Ke?”- Netizen Gesa Peniaga Western RM3 Naikkan Harga!

Harga tak masuk akal! Murah dan berbaloi.

Western Food atau masakan Barat adalah masakan khas negara Eropah. Masakan Eropah atau dengan kata lain masakan barat (western cuisine), adalah istilah umum untuk makanan-minuman, budaya, teknik, adat dan tradisi masakan kontinental Eropah.

- Advertisements -

Western Food acap kali menjadi pilihan golongan belia masa kini dan juga kanak-kanak apabila ingin mencuba makanan selain masakan Melayu. Terlihat mewah dan mengiurkan terdapat banyak peniaga yang sudah mula menjual masakan barat secara kecil-kecilan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Harga murah giler! Rasa pun sedap. U guys rasa RM3 murah ke tidak? #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #ramen #spaghetti #shahalamfoodie #seksyen18shahalam #makananmurah ♬ 시작 – 가호

Gerai western RM3 yang berlokasi berhampiran SK Seksyen 18, Shah Alam adalah tempat terbaik untuk merasai hidangan western food dengan harga yang berpatutan. Beroperasi bermula jam 12 tengahari, gerai ini dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat.

Terdapat pelbagai makanan yang enak antaranya Chicken Chop yang crispy bersama sos lada hitam yang sangat pekat. Buat pecinta ramen, jangan bimbang kerana di sini juga menjual Samyang Ramen & Cheese Sausage yang sedikit pedas dan lazat.

- Advertisements -

Jika mahu sesuatu yang lebih creamy dan tidak terlalu pedas, anda boleh mencuba Carbonara Spaghetti. Hirisan sosej yang tidak kedekut memang pasti puas hati. Bukan itu sahaja, ada juga makanan lain seperti Fries Popcorn With Cheesey Sauce, Corndog, Popia Carbonara dan Aiskrim Malaysia beraneka perisa.

Jual murah dapat untung ke?

Menelusuri ke ruangan komen, warganet terkejut dengan harga bagi setiap makanan yang murah dan ada juga yang memuji keenanakan makanan di gerai Western RM3.


We are hiring writers!
We are hiring writers!