fbp
WeirdKaya BM

“Jual Mahal Sikit Lah!” – Cendol Bawah RM3 Laku Keras, Tambat Selera Orang Shah Alam

Pekat dan berlemak, memang cair di mulut!

Cendol ialah pencuci mulut yang popular di Asia Tenggara dan hanya boleh didapati di negara tertentu sahaja seperti Malaysia. Cendol diperbuat daripada ketulan ataupun bongkah ais yang dikisar dan ditambah dengan bahan lain seperti gula melaka.

- Advertisements -

Cendol juga akan dicampurkan bersama santan untuk menambah rasa lemak dan jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras dan pewarna pandan. Cendol sesuai diminum tatkala waktu petang bersama keluarga untuk menyejukkan tekak.

- Advertisements -

Cendol Ali! Berlokasi di Seksyen 18, Shah Alam adalah port terbaik bagi mereka yang ingin merasai cendol sedap sambil mengisi masa lapang pada waktu petang. Gerai yang dibuka di bawah pokok ini sering dikunjungi ramai kerana kawasannya yang kondusif dan berangin.

@ezlokal.food Sedapnya petang-petang minum cendol gula melaka pekat & santan yang sur habis! #klfoodie #myfoodie #foodexploration #cendol #cendolpadu #foodexploration #makananviral #viral #seksyen18shahalam #fyp ♬ girls like me don't cry (sped up) – thuy

Cendol pulut adalah menu best seller yang patut anda cuba jika berkesempatan berkunjung di sini. Pulut yang banyak dengan rasa yang berlemak memang betul-betul memikat selera. Untuk cendol pulut hanyalah Rm3 sahaja dan ia begitu berbaloi dengan portion yang sangat banyak.

- Advertisements -

Buat yang tidak gemar akan pulut, jangan bimbang gerai ini juga menjual cendol biasa dengan harga Rm2 sahaja. Kacang merah yang begitu banyak dengan saiz yang begitu besar dijamin tentu puas hati. Gula melaka yang pekat digaul bersama segala ramuan yang ada di dalam cendol pasti membuatkan sesiapa sahaja menjadi ketagih.

Memang sedap, selalu mintak extra kacang merah tapi uncle tu tak caj lebih..harga tetap maintain rm2.50

Menelusuri ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji keenakan cendol Ali dan ada juga yang terkejut dengan tawaran harga yang begitu murah.


We are hiring writers!
We are hiring writers!