fbp
WeirdKaya BM

Jual Kambing Perap, Fattah Amin Infak Duit Komisen Kepada Yang Memerlukan – “Nampak Macam 90K”

Terima kasih orang baik :)

Pelakon kacak Fattah Amin sekali lagi tular di media sosial kerana menginfakkan wang komisen hasil jualan kambing perapnya bersama sebuah jenama produk tempatan, Pak Mat Westerm.

- Advertisements -
Jual kambing perap, fattah amin infak duit komisen kepada yang memerlukan -

Menerusi perkongsian di TikTok @pakmatwesternhq, mendedahkan Fattah mengarahkan supaya wang komisen terbabit diberikan kepada orang yang lebih memerlukan.

- Advertisements -

“Alhamdulillah, terima kasih boss.

“Cuma komisen tu nak minta tolong team Pak Mat uruskan boleh? Infak kepad yang memerlukan,” tulis Fattah dalam sebuah tangkap layar.

- Advertisements -

Dalam pada itu, Pak Mat Western menyifatkan Fattah seorang yang baik hati dan pemurah bahkan tidak mengambil satu sen sekalipun atas hasil menjual kambing perap.

“Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing.

“Tapi Pak Mat bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Pak Mat minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia.

“Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Moga dibalas segala kebaikakkan Fattah Amin,” tulis Pak Mat Western di ruangan kapsyen.

Insan yang baik. Semoga Tuhan selalu memberi rezeki yang melimpah ruah lagi buat fattah amin ❤️

Jual kambing perap, fattah amin infak duit komisen kepada yang memerlukan -
Jual kambing perap, fattah amin infak duit komisen kepada yang memerlukan -

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji tindakan Fattah dan ada juga yang tidak putus-putus mendoakan segala urusanya dipermudahkan.


We are hiring writers!
We are hiring writers!