fbp
WeirdKaya BM

“Jangan Dengki Buat Laporan!” – Indomie Abang Satria Laku Keras Di Titiwangsa.

Bila beli sedap, buat sendiri rasa biasa je :)

Indomie merupakan jenama mi segera yang cukup terkenal di Malaysia. Indomie berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Biarpun penyediaannya terlihat mudah makanan ini mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri.

- Advertisements -

Indomie sesuai dinikmati tatkala waktu petang mahupun malam malah ada juga yang menjadikan ia sebagai hidangan sarapan pagi. Tekstur rasa indomie berbeza-beza mengikut cara penyedian dan citarasa masing-masing.

- Advertisements -
@ezlokal.food Port baru untuk makan time Moreh sambil santai-santai tepi tasik bersama keluarga. Memang WAJIB korang cuba 🥰😋. #indomie #ramadhan #ramadhan2024 #makanlokal #tiktokmalaysia #virall #kongsibersama ♬ Angau – Fahimi

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sebuah gerai kecil yang menjual indomie di sekitar Kuala Lumpur.

Indomie Abang Satria, terletak di Taman Tasik Titiwangsa. Gerai ini sering didatangi ramai pelanggan lebih-lebih lagi pada waktu malam. Menariknya, ada juga yang menjadikan hidangan ini sebagai moreh sepanjang bulan Ramadan.

- Advertisements -

Mi dimasak sempurna tidak terlalu lembik dan digoreng garing. Ditambah pula dengan bawang goreng rangup membuat makanan ini bertambah enak. Selain itu, bagi setiap hidangan indomie akan diletakkan sebiji telur mata yang cukup mengiurkan.

Kalau buat dekat rumah tak sama dengan makan dekat sana😂

"jangan dengki buat laporan! " - indomie abang satria laku keras di titiwangsa. | weirdkaya
"jangan dengki buat laporan! " - indomie abang satria laku keras di titiwangsa. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya gembira melihat anak melayu mencari rezeki dan ada juga yang berseloroh mengatakan indomie yang dijual di gerai lebih enak berbanding memasak di rumah.


We are hiring writers!
We are hiring writers!