fbp
WeirdKaya BM

“Ini Bukan Bakar, Ini Sizzling” – Sup Kambing Gearbox Abang Atan Dikecam Netizen?

Problem netizen ni! asal sedap on je lah.

Kambing bakar atau lebih dikenali sebagai kambing panggang cukup popular di Malaysia. Disajikan tatkala masih panas-panas, kambing bakar mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan.

- Advertisements -

Kambing bakar kebiasaannya diperap bersama rempah ratus dalam tempoh masa yang agak panjang bagi mendapatkan rasa yang enak. Kambing bakar akan dihidangkan bersama sos black pepper sebagai penyedap rasa.

- Advertisements -
@ezlokal.food Terpaling sedap, takda boleh lawan. Kambing & ayam yang juicy dengan sos istimewa yang sedap! #klfoodie #kambingbakar #ayambakar #MYFoodie #fyp #makananviral #virall #shahalamfoodie #bukitjelutong ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Sup Gearbox Kambing Abang Atan, gerai yang menjual pelbagai hidangan berasas daging terutama sekali daging kambing. Berlokasi di Sri Aman Centre, Bukit Jelutong, gerai ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

Set Kambing Bakar adalah menu wajib cuba! Kambing yang masih juicy dan lembut memang hancur di mulut. Selain itu, tambahan sos kicap menambahkan lagi rasa pedas yang seimbang.

- Advertisements -

Set Ayam Bakar! Rasa pedas dan manis yang sangat kuat membuatkan ayam begitu beraroma. Selain itu, portion ayam yang besar dan tidak kedekut memang betul-betul puas hati.

Seterusnya, sup gearbox yang menjadi buruan para pelanggan. Tekstur kuah yang pekat dan masin memang menagihkan. Bukan itu sahaja, dagingnya juga begitu empuk dan sesuai dimakan tidak kira lapisan umur.

Kalau bakar direct atas api atau bara…tu atas kuali, menggoreng…konpius ni..😁😁😁

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya mengecam proses pembuatan kambing bakar dan ada juga yang memuji keenakan masakan terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!