fbp
WeirdKaya BM

“Hat Ni Tak Tipu, Memang Sedap!” – Tauhu Bergedel Sambal Padu Buat Ramai Kecur Air Liur

Kombinasi yang unik dan enak pasti memikat selera

Bergedel adalah makanan yang disukai oleh lapisan masyarakat. Tekstur yang lembut membuatkan sesiapa sahaja dapat menikmati makanan ini. Bergedel menggunakan kentang sebagai bahan utama dan ditambah dengan isi ayam yang telah dihancurkan atau dikisar serta digaul bersama bahan perasa yang lain.

- Advertisements -

Namun demikian, terdapat peniaga yang sudah mula mempelbagaikan hidangan ini misalnya tauhu bergedel yang enak. Bergedel yang sudah siap akan disumbat di dalam tauhu sebelum digoreng rangup bersama bancuhan telur.

- Advertisements -

Tauhu Bergedel Sambal Padu! Berlokasi di seksyen 18, Shah Alam, gerai ini sering dikerumuni pelanggan kerana keenakan tauhu bergedilnya.

@ezlokal.food Tak cari tempat lain dah. Memang sedap tauhu bergedil sini, inti padat & panas-panas. Paling penting Sambal Kicap dia memang Padu Sedap!!! Kedai depan Mamak #klfoodie #myfoodie #foodexploration #makananviral #viral #tauhubergedil #sambalkicap #seksyen18shahalam #fyp ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Menariknya, tauhu bergedel di sini digoreng panas-panas dari kuali apabila dipesan oleh pelanggan. Oleh sebab itu, ia membuatkan tauhu bergedel menjadi lebih rangup dan begitu flavourful. Selain itu, harga yang sangat murah! Bagi seketul tauhu bergedel ini hanyalah Rm1 sahaja dan ia sangatlah berbaloi dengan portion yang begitu banyak.

- Advertisements -

Sebut sahaja tauhu bergedel, mesti terfikir berkaitan sambal kicap. Jangan bimbang, gerai ini juga menyediakan sambal kicap yang betul-betul pekat untuk dimakan bersama tauhu bergedel yang telah dibeli oleh para pelanggan. Jadi jika anda berkesempatan untuk singgah ke Shah Alam, jangan lupa untuk singgah ke gerai ini.

Sedap oii bergedil ni. Mula beli dari gerai dia seberang jalan sana sampai pindah kat tepi kedai mamak ni.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dan menyakini keenakan tauhu bergedel terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!