Makanan cina muslim semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Makanan ini adalah satu gabungan unik dari masakan cina dan islam sehingga menghasilkan satu menu yang baharu. Masakan cina muslim cukup terkenal dengan kekayaan rempah ratusnya seperti jintan, cili, dan, ketumbar.
Pelbagai menu masakan cina muslim sudah sebati dengan tekak masyarakat Malaysia dan ada juga yang menjadikan ia sebagai makanan kegemaran. Sebagai contoh, nasi ayam, wantan mi kicap dan wantan mi sup.
@ezlokal.food Murah & sedap! Sangat berbaloi. Lepasni tak perlu susah dah nak mencari yang murah sedap! Walaupun roadside stall but power. #ezlokalfood #chinesefood #viral #nasiayam #wantanmee ♬ original sound – Samooo
Nood_Lee, gerai masakan halal cina muslim dengan harga hanya serendah RM5. Berlokasi berhadapan Hassan Bistro, Setia Alam, gerai ini dibuka dari jam 12 tengahari hingga 6 petang.
Wantan Mi Kicap, menu best seller yang sangat sedap dengan rasa sedikit pedas dan sedikit savoury. Tekstur mi yang tidak terlalu lembik dan dicelur dengan sempurna memang puas hati. Cendawan yang digunakan juga dihiris sangat besar dan cukup banyak sesuai mengikut harga yang ditawarkan.
Nasi Ayam Roasted juga tidak mengecewakan. Rasa sambal dan sos kicap yang seimbang sesuai dinikmati oleh semua lapisan umur. Aroma nasi yang sangat wangi memang membuka selera sesiapa sahaja. Ayam pula dimasak dengan suhu yang sederhana membuatkan ia sangat juicy dan lembut.
Biar betul harga banyak tu, murah sangat ni.
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya mengakui keenakan masakan di Nood_lee dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.