Big Boss HSP merupakan restoran pertama mula bertapak di Malaysia menawarkan HSP iaitu singkatan kepada Halal Snack Pack. HSP merupakan makanan yang sangat terkenal di Australia yang menjadi sajian pada waktu malam.
Restoran ini menggabungkan dua negara iaitu Australia dan Malaysia dalam satu rasa menyebabkan ia wajib untuk dicuba oleh semua lapisan masyarakat. Mengangkat visi utama mereka, Big Boss HSP ingin para pelanggan menikmati hidangan mereka secara santai dan gembira dalam setiap gigitan rasa makanan.
@ezlokal.food Baru tahu dekat sini ada HSP! Sedap sangat makan sambil lepak. Paling fav signature garlic sauces! Shawarma pun sur #hsp #halalsnackpack #fries #loadedfries #shawarma #foodies #klfoodie #streetfood #fyp #viralvideos ♬ POWER – G-DRAGON
Shawarma dan HSP adalah kombinasi rasa menggunakan bahan-bahan tradisional tempatan, dan Australia. Ini membuatkan menu yang ada mengekalkan rasa premium dan sedikit berbeza dengan yang lainnya.
Large Chicken HSP menu wajib cuba jika berkunjung ke restoran ini. Tekstur ayam yang juicy dan lembut ditambah dengan spicy red sauce & signature garlic membuatkan menu ini tidak muak dimakan dan sangat mengenyangkan.
Bagi yang ingin merasai Shawarma pula, HSP menawarkan dua pilihan berbeza iaitu ayam dan daging. Shawarma daging pilihan terbaik kerana menggunakan homemade beef, sangat juicy dengan rasa smoky yang memang layan habis.
Untuk info, Big Boss Hsp berada di G-03A, Block A, Radia Komersial, Persiaran Arked, Bukit Jelutong, 41050 Shah Alam, Selangor dan mula beroperasi dari jam 5:00 petang hingga 11:30 malam kecuali hari Jumaat dan Sabtu ia dibuka sehingga jam 1:30 pagi.
