Pasta adalah makanan yang sangat popular dan disukai ramai. Pasta dikatakan wujud sekitar pertengahan abad ke 21 di Itali. Pasta diperbuat daripada beberapa bahan utama seperti tepung, telur, dan air. Pasta akan dikeringkan bagi menjaga kualitinya ssebelum dihantar ke pasaraya untuk proses penjualan.
Pasta juga salah satu hidangan yang sangat sihat dan mengenyangkan. Pasta mengandungi jumlah kalori yang rendah, serta kaya dengan folat dan serat yang bagus untuk tubuh. Pasta dinikmati bersama sos bagi menambahkan lagi rasa enak pada hidangan tersebut.
@ezlokal.food Walupun ribut taufan di belakang, sis tetap nak review pasta sedap gilo ni ! Memang wajib try pasta dekat Bukit Naga ni 😭❤️ #creamandkrim #pastabukitnaga #pastalover #coffeelover #seksyen32 #shahalam #bukitnaga #foodlover #ezlokal #foodexploration #tiktokmalaysia #foodie #fypp ♬ original sound – molly !
Cream and Krim, lokasi terbaik untuk merasai pasta yang enak. Bertempat di Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga, Shah Alam, Gerai ini dibuka setiap hari dan tutup pada hari isnin.
Carbonara Alfredo, menu wajib cuba yang pasti laris terjual. Rasa pasta yang sangat creamy memang betul-betul cair di mulut. Tekstur rasa yang sedikit pedas memag sesuai dengan tekak orang melayu. Bukan itu sahaja, harga bagi sepinggan pasta ini hanya RM12 memang mampu milik dan cukup berbaloi.
Salmon Grill Pasta! Menu ini tidak kurang enaknya kerana didatangkan bersama salmon yang sangat juicy dan lembut. Buat mereka yang suka akan masakan pedas, menu ini sesuai buat anda. Bukan itu sahaja, portion yang ditawarkan juga cukup banyak dan boleh dikongsi untuk dua orang makan.
Meatball Marinara Pasta! Menu ini sesuai dinikmati oleh semua lapisan umur kerana ia tidak terlalu pedas. Rasa meatballs yang penuh beraroma resepi rahsia menjadikan hidangan ini bertambah enak. Tekstor sos tomato yang masam dan manis menyeimbangkan rasa pasta menjadi lebih enak.
Harga Marhaen Rasa T20
Meninjau ke ruangan komen, warganet terliur melihat keenakan pasta yang sangat creamy dan tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.