Kuey teow adalah makanan yang cukup popular di Malaysia kerana ia mudah didapati di mana-mana sahaja. Tahukah anda, makanan ini dahulunya diberi nama Char Kuey Teow namun telah berubah apabila berada di kalangan masyarakat Melayu.
Terdapat dua jenis kuey teow yang boleh ditemui di negara Malaysia iaitu kuey teow goreng dan kuey teow basah. Kuey teow dianggap makanan ringan namun ia sangat mengenyangkan kerana dicampur protein seperti ayam dan telur.
@ezlokal.food Dia masak panas panas ! Memang sedap and sangat flavourful !! Ni fav orang ramai lagi lagi students 🤣 ye dok ? #pasarmalamsetiaalam #kueyteow #cilijeruk #shahalam #setiaalam #tiktokmalaysia #ezlokalmakan #fyp #foodie #wajibcuba #tiktokviral #sedap ♬ Ku Bahagia.Melly Goeslaw – Zee5
Family Food adalah gerai yang menjual kuey teow secara kecil-kecilan setiap hari khamis di pasar malam Setia Taipan, berhadapan Ai Curtains.
Menariknya, kuey teow di gerai ini akan dimasak panas-panas menyebabkan ia tidak menjadi terlalu keras dan kenyal. Sayur-sayuran yang digunakan juga memang segar dan yang paling penting dijamin bersih.
Bukan itu sahaja, bahan dan rempah yang digunakan tidak kedekut menyebabkan para pelanggan sentiasa berpuas hati. Penggunaan kicap special yang dijadikan sebagai resepi rahsia memang kick habis.
Harga marhaen rasa T20
Menelusuri ke ruangan komen, warganet terliur melihat keenakan kuey teow di gerai family food ini dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.