fbp
WeirdKaya BM

Hameed Pata Mee Sotong, Menu Legend Pulau Pinang.

Panas-panas memang terangkat habis!

Pulau pinang terkenal sebagai lokasi percutian terbaik kerana terdapat pelbagai destinasi menarik yang boleh dilawati. Cukup popular dengan keindahan flora dan faunanya, Pulau Pinang mempunyai pelbagai jenis makanan.

- Advertisements -

Berkunjung ke Pulau Pinang, tidak lengkap jika tidak merasai makanan yang dijual di sana. Mendapat jolokon sebagai ‘syurga makanan’ negeri ini sentiasa dibanjiri oleh peniaga-peniaga jalanan, menjual aneka jenis makanan yang sangat lazat.

- Advertisements -
@ezlokal.food Kalau Pergi Penang Memang WAJIB pi Makan Sini, Sedap Sangat 😋🥰. #meesotong #penangfoodie #mee #MakanLokal #tiktokmalaysia #foodexploration #virall #MYFoodie ♬ Po pok bujang lapok – Tan Sri P. Ramlee

Hameed Pata Mee Sotong, berlokasi di Esplanade Park Food Court gerai ini menjual mee sotong yang sangat enak. Dibuka setiap hari dan tutup pada hari Ahad, gerai ini mula dibuka pada jam 11.30 pagi hingga 8 malam.

Menariknya, sambal sotong yang terdapat di gerai ini tidak sama rasanya seperti di gerai lain. Sambal sotong yang tidak terlalu pedas dan paling penting tidak berbau hamis membuatkan ia boleh diterima ramai. Sambal sotong yang dimasak tidak terlalu lama memberikan tekstur yang lembut dan masih segar.

- Advertisements -

Biarpun warna mi sedikit kemerahan, namun ia tidak terlalu pedas dan boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan umur. Campuran tauhu dan isi ayam membuatkan mi ini lebih enak dan kaya dengan bahan-bahan protein yang mengenyangkan.

Dah rasa, ni memang port legend.

Hameed pata mee sotong, menu legend pulau pinang. | weirdkaya
Hameed pata mee sotong, menu legend pulau pinang. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, warganet mengakui keenakkan makanan di Hameed Pata Mee Sotong dan tidak sabar untuk merasainya sekali lagi.


We are hiring writers!
We are hiring writers!