fbp
WeirdKaya BM

“Halal Ke Tu?” – Makii Makii Cetus Tanda Tanya, Netizen Label Sushi Paling Sedap Di KL!

Rasa premium confirm ketagih!

Sushi merupakan makanan yang mula diterima oleh masyarakat Malaysia kerana ia juga adalah sejenis makanan yang kompleks. Sushi dapat memberikan sumber tenaga yang cukup banyak dan sangat mengenyangkan.

- Advertisements -

Sushi diperbuat daripada nasi yang digulung bersama bahan-bahan seperti sayur-sayuran, telur dan juga ikan. Sushi merupakan makanan tradisi orang Jepun dan kebiasaannya dihidangkan bersama wasabi.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap sangat sangat! Dapat rasa fresh sushi dengan bahan yang tak kedekut. Setiap flavour tu ada speciality. Paling wajib cuba Nusantara & World Champion! #foodhuntingkl #klfoodie #MakanLokal #malaysiafood #MYFoodie #kongsiselera #kongsibersama #bukapuasa #Ramadan ♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (I Like You The Most) Feat.VARINZ – PONCHET

Makii Makii – The Exchange TRX, berlokasi di Lot C.58, Level Concourse, Plaza The Exchange TRX, restoran ini mula dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Rolled Makii Sushi Nusantara menu wajib cuba kerana sangat sedap dan begitu unik. Rasa rendang dan serunding ayam digabung bersama rasa lemak mayo dan salmon memang tidak mengecewakan.

- Advertisements -

Rolled Makii Sushi Hawai, sesuai untuk kanak-kanak yang tidak suka akan pedas. Tekstur rasa yang flavourful dan sedikit rasa mentaiko memang bikin ketagih.

Rolled Makii Los Angeles, sesuai buat mereka yang suka akan pedas. Tekstur tuna yang lembut dan tidak berbau memang cukup menyelerakan.

Rolled Makii Bangkok pula khusus buat penggemar octopus. Rasa yang lebih creamy dan flavourful dijamin tidak akan muak. Dalam pada itu, menu ini juga didatangi bersama garlic mayo menjadikan ia bertambah lazat.

Halal ke? apa nama kedai ? Dan lokasinya di mana?

Menelusuri ke ruangan komen, warganet terliur melihat keenakan sushi di Makii Makii dan ada juga yang kempunan masih tidak dapat merasai makanan terbabit sehingga kini.


We are hiring writers!
We are hiring writers!