fbp
WeirdKaya BM

“Halal Ke Tu?” – Hyeong Restaurant Cetus Tanda Tanya.

Sekali cuba pasti nak lagi!

Sebut sahaja Korea pasti ramai yag sudah terbayang kimchi dan jajangmyeon. Makanan Korea yang sedikit pedas sering menjadi kegemaran golongan remaja kini. Makanan korea kebiasaanya berasaskan beras, tauhu, sayur dan daging.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, masyarakat Korea gemar menggunakan bawang putih dalam masakan menjadikan hidangan lebih enak dan beraroma. Buktinya, masyarakat Korea adalah pengguna bawang putih terbesar di Asia Tenggara mengatasi China dan Thailand.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap giler! Soodube Jjigae & Chikin tu boleh makan tiap hari. Harga pun murah compare tempat lain. #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #makanankorea #koreanchicken #hyeong #shahalamfoodie ♬ 첫 눈 The First Snow – EXO

Jika anda ingin merasai makanan Korea yang enak, jangan lupa untuk singgah di Hyeong Restaurant. Berlokasi di Jalan Eco Grandeur 1/9, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, restoran ini mula dibuka pada jam 11 pagi hingga 10 malam.

Soondube Jjigae adalah menu yang sangat sesuai dimakan dan dapat menyegarkan tubuh badan. Teksturnya yang berkuah dan sedikit rasa rebusan daging memang cukup menyelerakan. Isi dan rencah yang terdapat dalam hidangan ini memang tidak kedekut dan sangat banyak.

- Advertisements -

Bulgogi Seoul Style! Menu ini tidak sama seperti Bulgogi yang sering kita temui. Ini kerana, ia dihidangkan secara berkuah dan tidak kering seperti kebiasaanya. Rasa manis daging yang sangat flovourful memang cukup menagihkan.

Hyeong Chikin adalah menu best seller yang sering menjadi pilihan pelanggan. Garlic Honey Chikin yang sangat manis denga rasa madu dan ayam yang masih juicy memang puas hati. Sweet Spicy Chikin pula sesuai buat mereka yang sukakan pedas dan sedikit rasa manis.

Halal ke tu?

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya memuji keenakan masakan di Hyeong Restaurant dan jangan bimbang ianya adalah restoran muslim friendly dan dijamin halal.


We are hiring writers!
We are hiring writers!