fbp
WeirdKaya BM

“Gemuk Betul!” – Netizen Komen Tauhu Begedil Padat Dengan Inti.

Rangup di luar, lembut di dalam!

Tauhu begedil bukan lagi makanan yang sukar untuk ditemui. Tauhu begedil adalah makanan yang sering dijual di serata tempat kerana ia sangat enak dan mengenyangkan.

- Advertisements -

Tauhu begedil adalah makanan yang berasaskan kentang dan hirisan ayam ataupun daging mengikut citarasa masing-masing. Tauhu begedil juga akan didatangkan bersama sambal kicap untuk dicacah bagi menambahkan rasa enak pada hidangan ini.

- Advertisements -
@ezlokal.food Saiz mengenyangkan dan lazat! Paling suka sambal kicap tu. Cendol pun sedap petang petang #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #tauhubergedil #shahalamfoodie #viral #cendol #puncakperdana ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Tauhu Begedil Puncak Perdana, lokasi terbaik untuk sesiapa yang ingin mencuba tauhu begedil dengan isi yang padat dan enak. Jika anda ingin ke gerai ini, boleh sahaja waze 99 Speedmart Sunway Kayangan kerana ini terletak bertentangan sahaja.

Tauhu begedil yang dijual disini sangatlah enak dan tidak kedekut dengan inti yang diletakkan di dalam tauhu. Size bagi seketul tauhu begedil cukuplah besar dan pasti puas hati. Sambal kicap yang pekat juga salah satu sebab, tauhu begedel di sini laris dijual.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, gerai ini juga menjual cendol yang pasti buat ramai ketagih. Rasa manis-manis gabungan gula melaka dan jagung memang kombinasi yang sangat lazat. Cendol dan kacang merah yang diletakkan juga amatlah banyak dan tidak kedekut. Paling penting harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi.

Gemuk betul, padat dengan isi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meninggalkan komen yang positif dan memuji keenakan tauhu begedil yang dijual di gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!