fbp
WeirdKaya BM

“Gebu Betul, Geram Tengok!” – Seri Pokis Tawar Kuih Aneka Perisa.

Manis-manis manja je!

Kuih Pukis adalah kuih tradisional yang berasal dari Indonesia. Kuih ini mempunyai sejarah tersendiri iaitu bermula pada zaman penjajahan lagi.

- Advertisements -

Namun di Malaysia, kuih ini amat sukar ditemui kerana acuannya sedikit unik tidak sama seperti mufin atau kuih cara. Pukis di Malaysia selalunya mempunyai banyak perisa dan penuh dengan warna-warna yang menarik.

- Advertisements -
@ezlokal.food First time makan kuih pukis and suprisingly sedap! Cuma kena get ready air risau tercekik. Paling fav rainbow! #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #kuihpukis #dessert #shahalamfoodie #setialam ♬ Agora Hills – Doja Cat

Seri Pokis, berlokasi di Pasar Malam Khamis Setia Taipan gerai ini benar-benar berhadapan dengan Ai Curtains.

Kuih pukis akan disapu mentega di bahagian atas membuatkan manisan ini sangatlah wangi dan menyelerakan. Terdapat pelbagai perisa yang sangat lazat antaranya, coklat, kacang, kaya, dan rainbow.

- Advertisements -

Tekstur pukis sangatlah gebu dan sangat cair di mulut. Bukan itu sahaja, sos yang digunakan pada bahagian atas pukis tidak terlalu manis dan sesuai dinikmati oleh semua lapisan peringkat umur.

Gebu betul, geram tengok

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keenakan manisan Seri Pokis itu dan ada juga yang tidak sabar untuk menikmatinya sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!