Sambutan hari kelahiran merupakan hari penuh bermakna kerana umur meningkat satu tahun lebih tua dan mensyukuri segala nikmat perjalanan dalam kehidupan.
Sambut hari lahir dengan anak yatim
@chn.xo As the years pass by, through all the ups and downs in my life even at times when I almost fell over the edge. I found the strength to rise again. And finally, I see the rainbow after the storm. These past few years have been kind to me, and I couldn’t be more thankful. I believe that everything I have is through Allah’s blessings. I pray that in everything I do, I’ll always stay on the right path. Above all, I’m deeply grateful for my parents, my mother and my father. They are the reason I stand strong today. May I be the daughter who cares for them until my last breath. Seeing the smiles of those anak-anak yatim today was something truly precious to me. I want to keep making more people smile and feel happy, in any way I can InshaAllah. I pray that everyone reading this will find success both in this life and the hereafter. Ameen 🤍🤲🏻
♬ Bawalah Cintaku – Afgan
Baru-baru ini tular sebuah video, seorang gadis berkongsi rezeki bersama anak yatim sempena menyambut hari kelahirannya.
“Seiring waktu berlalu, banyak suka dan duka yang telah saya lalui bahkan pada saat-saat saya hampir terjatuh saya bersyukur menemui kekuatan untuk bangkit semula.
“Saya amat bersyukur dan percaya segala yang dimiliki adalah rahmat dan keberkatan daripada Allah dan berdoa agar setiap apa yang dilakukan berada di jalan yang benar,” kata gadis itu di TiKTok.
Dalam pada itu, gadis tersebut mengucapkan terima kasih buat ibu dan bapa kerana mereka berdua merupakan sumber kekuatan untuk terus berjaya.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu dan ayah, mereka adalah sebab saya masih kuat sehingga kini. Semoga saya diberi rezeki untuk menjaga mereka hingga ke akhir hayat saya,” ujarnya.
Gadis itu juga memberitahu momen menyambut hari kelahiran di rumah anak-anak yatim adalah perkara yang tidak dapat dilupakan kerana terharu melihat mereka semua tersenyum gembira.
“Melihat senyuman anak-anak yatim hari ini merupakan satu momen yang sangat beharga buat saya.
“Saya harap boleh membuat lebih ramai orang tersenyum dan berasa gembira dengan apa jua cara yang saya mampu.
“Insya-Allah, saya berdoa agar semua yang membaca ini dikurniakan kejayaan di dunia dan juga di akhirat,” tambahnya lagi.
Artikel lain: “Kami Bukan Selebriti!” – XYZ Team Ikhlas Kongsi Rezeki, Enggan Identiti Dikenali.
Meninjau ke ruangan komen, warganet sebak melihat perkongsian itu dan memuji gadis tersebut bukan sekadar cantik bahkan mempunyai hati yang baik.
Malah ada juga wargamaya yang sudah mula memasang niat untuk melakukan perkara yang sama iaitu berkongsi rezeki ketika hari lahir mereka nanti.
Selamat hari lahir orang baik

Seronok tengok mereka senyum

Moga dapat kongsi rezeki juga

Sumber: TikTok chn.xo
