fbp
WeirdKaya BM

“Dulu Viral Kini Sendu” – Pau Puchong Kembali Curi Perhatian Netizen.

Barang panas ni! Tunggu apa lagi?

Pau adalah sejenis kuih yang sangat digemari ramai kerana tekstur yang lembut dan mudah dimakan. Pau dikatakan mempunyai pelbagai jenis nama seperti baozi,bao,bau,nunu atau pow. Pau akan diisi dengan inti didalamnya, sama ada manisan atau sayur-sayuran.

- Advertisements -

Pau juga mempunyai cara penyediaan yang banyak dan berbeza-beza. Contohnya, terdapat pau yang dimasak secara kukus, goreng, dan bakar. Pau bertambah enak apabila dinikmati ketika masih panas kerana masih gebu dan sangat lembut. Pau adalah makanan yang berasal dari negara China.

- Advertisements -
@ezlokal.food Pau Terpaling Besar di Puchong 😭😍 #puchong #shahalam #foodlover #paukukusgebu #paupuchong #foodie #ezlokal #wajibcuba #foodexploration #tiktokmalaysia ♬ suara asli – Rehit7738

Pau Puchong adalah lokasi terbaik untuk mendapatkan makanan ini. Di sini terdapat pelbagai jenis pau dengan pilihan inti yang berlainan mengikut citarasa masing-masing. Pau ini boleh didapati di beberapa tempat berbeza antaranya, Medan Selera Puchong Perdana, Dataran Puchong Permai, dan Putra Perdana.

Pau Kaya adalah salah satu perisa wajib cuba kerana rasa manis dan lemak yang seimbang memang sangat sedap. Inti yang banyak hingga meleleh keluar pasti membuat sesiapa sahaja tidak menyesal untuk mencuba pau perisa ini.

- Advertisements -

Pau Kacang Merah pula tidak kurang enaknya, rasa yang tidak terlalu manis memang sesuai dinikmati oleh sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, portion pau yang besar dan gebu memang boleh dikongsi untuk dua orang makan. Pau Coklat pula sesuai untuk kanak-kanak kerana teksturnya sedikit cair dan sedikit manis.

Dulu pernah viral lepas itu sendu. So please viral balik bantu pak cik tu :)

Menjengah ke ruangan komen, warganet terpegun melihat sais pau yang besar dan tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!