fbp
WeirdKaya BM

“Dah Rasa, Komen Jujur!” – Cucur Udang Utara Paling Sedap Di KL?

Nak tahu, cuba rasa.

Cucur udang atau nama lain jemput-jemput udang amat terkenal di Malysia kerana ia sangat rangup dan enak. Cucur udang adalah tepung yang telah digaul dengan bahan perisa tambahan dan menggunakan udang sebagai bahan pelengkap rasa.

- Advertisements -

Cucur udang selalunya menggunakan udang segar namun ada juga peniaga yang menggunakan udang kering mengikut citarasa masing-masing. Cucur udang selalu dicicah bersama sos homemade bagi menambahkan lagi rasa lazat pada hidangan ini.

- Advertisements -
@ezlokal.food Memang Terlampau Sedap Cucur Udang Kat sini. Memang WAJIB untuk korang cuba 🥰😋 #cucurudang #MakanLokal #tiktokmalaysia #foodexploration #virall #MYFoodie #klfoodie ♬ Newjeans cover celebrity – 콩해니

Cucur Udang Utara, lokasi terbaik buat mereka yang ingin merasai kudapan ini. Gerai Cucur Udan Utara, hanya terletak bersebelahan Masjid Ibn Abbas di Danau Kota.

Cucur Udang Utara digoreng panas-panas sesuai mengikut pesanan pelanggan menyebabkan ia kekal rangup dan tidak lembik. Udang yang diletakkan pada cucur juga amatlah besar dan memang puas hati.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, kuah kacang yang dijadikan sebagai sos pencicah memang lain dari yang lain. Tekstur kuah yang pekat pasti buat ramai ketagih dan ingin menikmatinya sekali lagi. Selain portion yang banyak, cucur udang di sini amatlah murah iaitu hanya RM5 untuk 3 keping.

Kuah kacang dia memang sedap.

Menelusuri ke ruangan komen, warganet mengakui keenakan Cucur Udang Utara dan ada juga yang terliur melihat cucur yang dijual di gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!