fbp
WeirdKaya BM

“Dah Cuba Biasa Je!” – Pelanggan Tampil ‘Backup’ Peniaga Nasi Lemak Malam.

Sedap sangat sampai sold out!

Nasi lemak adalah makanan wajib dinikmati tatkala sarapan pagi di negara Malaysia. Nasi lemak digemari oleh semua bangsa kerana ia mengandungi nutrien komplek yang diperlukan tubuh badan.

- Advertisements -

Nasi lemak akan dihidangkan bersama sambal, ikan bilis, timun, dan telur. Proses pembuatan nasi lemak menggunakan santan sebagai bahan utama untuk mendapatkan tekstur nasi yang lebih creamy.

- Advertisements -
@ezlokal.food Percayalah, nasi lemak disini memang sangat sedap! Kalau boleh setiap hari nak makan nasi yang cukup lemak dengan lauk-lauk yang sangat sedap. #klfoodie #nasilemak #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #virall #shahalamfoodie #seksyen16shahalam ♬ Kiw Kiw Cukurukuk (elite version) – Skinny Fun

Nasi Lemak Malam! Gerai ini menjual nasi lemak dengan pelbagai aneka lauk pauk yang menyelerakan. Berlokasi di hadapan watson dan 99speedmart Alam Avenue, gerai ini dibuka setiap hari dan tutup pada hari jumaat.

Nasi Lemak Malam menawarkan pelbagai pilihan lauk mengikut citarasa masing-masing. Antaranya, sambal kerang, sambal paru, ayam masak merah, rendang ayam, rendang daging, hati lembu, dan ayam goreng.

- Advertisements -

Nasi Lemak Malam memberikan kepuasan yang maksimum kepada para pelanggan buktinya, portion untuk setiap nasi lemak amatlah banyak. Bukan itu sahaja, sambal yang pekat dan manis menambahkan lagi rasa sedap masakan ini.

Tekstur rasa nasi pula amatlah berlemak dan lain dari yang lain. Rasa rendang daging dan ayam juga sangatlah beraroma mengimbau zaman dulu kala. Sambal kerang wajib cuba! Tidak pedas namun menagihkan.

Baru pergi tadi. Masa sampai tadi tinggal ayam masak merah, rendang ayam & ayam goreng. Beli ayam masak merah dia sedap gila.

Menelusuri ke ruangan komen pula, wargamaya mengakui keenakan Nasi Lemak Malam dan ada juga yang mendoakan agar perniagaan mereka terus berkembang maju.


We are hiring writers!
We are hiring writers!