fbp
WeirdKaya BM

“Dah Beli, Memang Beratur Panjang” – Mochi Viral Jadi Rebutan Netizen!

Kenyal-kenyal manis di dalam.

Mochi merupakan pencuci mulut berbentuk bulat yang cukup terkenal di negara Jepun. Mochi diperbuat dari beras pulut yang ditumbuk sehingga lembut dan kenyal.

- Advertisements -

Mochi kebiasaannya diisi dengan kacang merah dan coklat mengikut citarasa masing-masing. Pencuci mulut ini mempunyai ceritanya yang tersendiri dan cukup terkenal tatkala ingin menyambut perayaan tradisional Mochitsuki atau perayaan Tahun Baru jepun.

- Advertisements -

Baru-baru ini, tular satu hantaran di TikTok memaparkan orang ramai terpaksa beratur panjang hanya untuk merasai keenakan mochi di Setiawangsa.

@ezlokal.food Mochi Kak Yana, The Best Mochi everr !!! Memang WAJIB korang semua cubaa 🥰😋😋. #mochi #mochiviral #klfoodie #foodie #makanlokal #tiktokmalaysia #virall #KL ♬ original sound – ysaniiieee

Mochi Kak Yana, berlokasi di Setiawang. Bagi mereka yang ingin ke gerai ini bole sahaja waze ke Tacobell Setiawangsa.

- Advertisements -

Terdapat lebih lapan perisa mochi yang dijual disini antaranya Chocolate Banana, White Bean Strawberry, Bisscoff Creme, Strawberry Custard, Red Bean Strawberry, dan Chocolate Hazelnut.

Tekstur Mochi yang sangat lembut memang sangat sedap ditambah lagi dengan isi kacang merah yang sedikit manis. Isi Mochi yang banyak dan tidak kedekut memang bikin ketagih.

Sedap, selalu nak beli kena beratur panjang.

Menjengah ke ruangan komen, warganet terliur melihat keenakan Mochi Kak Yana dan ada juga yang tidak sabar untuk merasai sendiri pencuci mulut terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!