fbp
WeirdKaya BM

Cipta Lagu Buat Isteri, Kieda Crepe Sebak Terima Hadiah Daripada Suami – “Kibar Nama Kieda Usaha Tanpa Henti Buat Sampai Jadi”

Terus terbang tinggi!

Pempengaruh dan usahawan, Siti Nur Khalieda Yusra, atau Kieda Crepe menjadi sorotan warganet apabila menerima hadiah terindah daripada sang suami.

- Advertisements -
@kiedacrepepenang Hari lahir anak , tapi ibu yang melahirkan pula dapat hadiah. Terima kasih suami😭 Lirik make me 😭😭 @Kiedacrepepenang2 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse ♬ original sound – KIEDACREPEPENANG

Menerusi hantaran TikTok @kiedacrepepenang, memaparkan suaminya atau lebih mesra disapa Amy menghadiahkan sebuah lagu yang telah digubah khas buat usahawan muda terbabit.

- Advertisements -

Dalam pada itu, Kieda juga tidak menyangka mendapat kejutan ulang tahun lebih awal dari tarikh sebenar dan berasa sebak atas usaha yang ditunjukkan oleh Amy sebagai tanda menghargainya.

“Masya-Allah, hadiah ulang tahun seawal ini Amy hadiahkan. Diam-diam deal ciptakan lagu Kieda Crepe,” tulis Kieda.

- Advertisements -

Menurut Kieda, dia masih terharu kerana baru sahaja menyambut ulang tahun anak lelakinya tetapi dirinya pula yang dihadiahi dengan pemberian paling bermakna.

“Hari lahir anak, tapi ibu yang melahirkan pula dapat hadiah. Terima kasih suami. Lirik make me cry,” tulis Kieda lagi.

Mantap lah 🥰🥰 Pembakar semangat 💪🏻💪🏻 Moga Kieda Crepe terus berjuang💪🏻

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji Amy kerana sentiasa memberi sokongan kepada isteri dan mendoakan hubungan rumah tangga mereka berdua berkekalan hingga ke Jannah.

Cipta lagu buat isteri, kieda crepe sebak terima hadiah daripada suami - "kibar nama kieda usaha tanpa henti buat sampai jadi" | weirdkaya
Cipta lagu buat isteri, kieda crepe sebak terima hadiah daripada suami - "kibar nama kieda usaha tanpa henti buat sampai jadi" | weirdkaya
Cipta lagu buat isteri, kieda crepe sebak terima hadiah daripada suami - "kibar nama kieda usaha tanpa henti buat sampai jadi" | weirdkaya


We are hiring writers!
We are hiring writers!