fbp
WeirdKaya BM

Cipta Kelainan, Cendol Santan Sawit Jadi Tarikan Di Shah Alam.

Sekali minum pasti ketagih!

Cendol ialah pencuci mulut yang sangat terkenal di Asia Tenggara dan hanya boleh didapati di negara tertentu sahaja seperti Malaysia dan Indonesia. Cendol diperbuat daripada ketulan ataupun bongkah ais yang dikisar dan ditambah dengan bahan lain seperti gula melaka.

- Advertisements -

Cendol juga kebiasaannya dicampur bersama santan untuk menambah rasa lemak dan ‘cendol’ diperbuat daripada tepung beras dan pewarna pandan. Cendol sesuai diminum tatkala waktu petang bagi menghilangkan rasa dahaga.

- Advertisements -
@ezlokal.food Now dah jadi favourite cendol! Sedap gilee. Lemak yang just nice & manis yang mantap! #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #cendolviral #cendol #cendolpowershahalam #shahalamfoodie #viral ♬ หลวงพี่แจ๊ส4G – ČhihŸü魚ㄦ

Cendol Santan Sawit yang dijual hanya hanya di dalam kereta ini acap kali dipenuhi para pelanggan. Berlokasi di Petronas Seksyen 7, Shah Alam, gerai ini berhampiran dengan Universiti Selangor (UNISEL).

Cendol ini dibuat sendiri menggunkan bahan-bahan terpilih membuatkan ia tidak sama seperti yang terdapat di gerai lain. Tekstur cendol yang sedikit besar dan lembut memang puas untuk dinikmati. Bukan itu sahaja, portion untuk sebekas cendol juga amatlah banyak dan boleh dikongsi secara beramai-ramai.

- Advertisements -

Apa yang menarik lagi adalah, santan yang digunakan bukanlah santan biasa. Gerai ini menggunakan santan sawit menyebabkan tekstur dan aroma cendol lebih menyengat dan enak. Selain itu, harga yang ditawarkan juga amatlah murah dan berbaloi, hanya RM6 sahaja untuk cawan bersaiz besar.

Memang sedap gila, orang Shah Alam memang wajib cuba!

Cipta kelainan, cendol santan sawit jadi tarikan di shah alam. | weirdkaya
Cipta kelainan, cendol santan sawit jadi tarikan di shah alam. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mengakui keenakan cendol santan sawit ini dan ada juga yang tidak sabar untuk membelinya lagi.


We are hiring writers!
We are hiring writers!