fbp
WeirdKaya BM

“Cik Epal Bukan Lagi Isteri Saya” – Rumah Tangga Usahawan Pizza Wagyu Runtuh Akibat Fitnah?

Betul ke ni :(

Usahawan dan pempengaruh, Jofliam berkongsi kisah kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya kini menemui titik noktah.

- Advertisements -

Pendedahan yang dibuat melaui hantaran Instagram Story milik Jofliam menyatakan bahawa Cik Epal bukan lagi isterinya dan masalah rumah tangga mereka musnah akibat salah faham yang terjadi sejak empat bulan yang lalu.

- Advertisements -

“Saya bukan lagi suami kepada Cik Epal.

“Saya bukan lagi suami kepada sesiapa dan urusan saya di sini adalah demi Top 100 Pizza.

- Advertisements -

“Cik Epal bukan lagi isteri saya dua minggu yang lepas. Saya sepatutnya announce awal tapi menurut je. Akhirnya makan diri saya semula”, ujarnya.

Menerusi perkongsian tersebut, usahawan kepada dua cahaya mata ini mendedahkan kemelut rumah tangga mereka bermula sejak membawa pekerjanya ke Jepun dan terdapat staf yang cemburu sehingga sanggup mereka cerita dan mendatangkan perbalahan.

Keadaan menjadi bertambah buruk, apabila perselisihan faham membawa kepada fitnah menyatakan dia dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Dewi sedang menjalinkan hubungan.

“Sepanjang empat bulan, macam-macam cara fitnah katakan saya curang. Tapi hebatnya, tiada satu bukti pun yang mengatakan saya curang.

“Saya adalah family man, dan bila berkahwin, saya hanya setia pada yang satu. Sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah curang walaupun sesaat dengan isteri saya dan saya sangat sayangkan anak-anak saya.

“Fitnah ini bukan sekadar merosakkan hubungan keluarga saya, malah perkahwinan Dewi. Fitnah ini meruntuhkan dua masjid,” tulis Jofliam.

- Advertisements -

Dalam coretan panjang, Jofliam memberitahu dia sudah bertahan selama empat bulan melalui segala masalah sendirian tanpa mendapat sokongan dari orang sekeliling bahkan darah daging sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!