fbp
WeirdKaya BM

“Cari Tak Jumpa” – Netizen Cuak Lokasi Char Kuey Teow Ketagih Umpama Tersembunyi.

Panas-panas memang terangkat!

Char Kuey Teow ialah makanan berat yang sangat mengenyangkan dan disukai ramai. Makanan ini dikatakan berasal dari Cina sebelum dibawa masuk ke Asia Tenggara. Maksud Char Kuey Teow dalam bahasa Hokkien ialah Kuey Teow Goreng.

- Advertisements -

Char Kuey Teow terdapat dua jenis iaitu kering dan basah. Jika anda berkunjung di Pulau Pinang, Perak dan Sarawak, Char Kuey Teow di sana sedikit kering kerana majoriti masyarakat cina di negeri ini berbangsa Hokkien. Char Kuey Teow akan dimasak dengan suhu tinggi dan tempoh menggorengnya pula amatlah pantas.

- Advertisements -
@ezlokal.food Malam malam pekena Char Kuey Teow Ketageh ni memang ngam lah !! Kuah pekat cukup rasa and BANYAK !! 👌🏻😍 #alamimpian #shahalam #charkueyteow #foodie #ezlokal #tiktokmalaysia #MYFoodie #MakanLokal #foodexploration #tiktokviral #viral #fyp #ketageh #fyp ♬ เสียงต้นฉบับ – Mpj music – MPJ REMIX THAILAND

Char Kuey Teow Ketagih adalah salah satu gerai yang menjual makanan Char Kuey Teow yang sangat enak. Jika anda ingin ke gerai ini, boleh sahaja waze klinik pakar jantung Alam Impian kerana ia terletak bertentangan dengan gerai terbabit.

Menu best seller yang sering laris dipesan pelanggan tentunya Char Kuey Teow. Kuah yang sangat pekat dan portion yang begitu banyak memang betul-betul puas hati. Char Kuey Teow yang tidak terlalu lembik dan sedikit rasa wok hei memang bikin ketagih.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, terdapat juga Kuey Teow goreng yang sangat sedap. Dibanjiri dengan udang dan sotong, Kuey Teow disini memang tidak kedekut dari segi bahan-bahan yang digunakan. Tekstur Kuey Teow yang sedikit basah dengan rasa masin dan manis memang menyesal jika tidak dicuba.

Cari dekat Google Maps tak jumpa location.

Menelusuri ke ruangan komen, warganet terliur melihat keenakan Char Kuey Teow yang dijual dan ada juga yang tidak sabar untuk merasainya sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!