fbp
WeirdKaya BM

“Boleh Ambil Barang Sebanyak Mana Nak” – Mydin Bantu Khairul Aming Dalam Misi Banjir

Tuhan permudahkan

Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali membantu memudahkan urusan pempengaruh, Khairul Aming dalam misi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

- Advertisements -

Menerusi hantaran di TikTok, Ameer mendedahkan usahawan itu dibenarkan mengambil barangan keperluan di premis miliknya bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

- Advertisements -
@lobakmerahmy

Seperti yang ramai sedia maklum, pempengaruh dan usahawa terkenal, Khairul Aming antara individu yang menjadi perhatian ramai dek kerana keprihatinannya dalam membantu mangsa banjir dan memberi bantuan makanan kepada mereka yang terkesan. Namun ada berita yang lebih baik tular hari ini, apabila syarikat peruncit terkenal, Mydin tampil mempermudahkan usaha pempengaruh ini dengan membenarkan beliau mengambil barangan keperluan sebanyak mana yang diperlukan tanpa perlu melakukan sebarang bayaran segera. Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dalam satu sesi live bersama Khairul Aming. Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah!🧡Terima Kasih! #fyp #fypシ #lobakmerahmy #beritaditiktok #viralstory #trending #trendingnewsmalaysia #ceritaviral #terkini #viralupdates #storyviral

♬ original sound – LOBAK MERAH

“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah. Takpe kita percaya Khairul Aming,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Ameer turut memberikan bantuan tambahan sebanyak RM5,000 kepada Khairul Aming untuk disumbangkan kepada mangsa banjir menerusi inisiatif Mydin Prihatin.

- Advertisements -

“Saya sumbangkan lagi RM5,000 barang kepada Mydin Prihatin,” ujarnya.

Masya-Allah! Semoga kaya dunia akhirat KA dan Datuk Ameer serta semua yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

"boleh ambil barang sebanyak mana nak" - mydin bantu khairul aming dalam misi banjir | weirdkaya
"boleh ambil barang sebanyak mana nak" - mydin bantu khairul aming dalam misi banjir | weirdkaya
"boleh ambil barang sebanyak mana nak" - mydin bantu khairul aming dalam misi banjir | weirdkaya

Untuk info, menerusi perkembangan terbaru, seramai 136,520 mangsa banjir yang terdiri daripada 41,220 direkodkan pagi ini, yang mana menurun berbanding pagi semalam yang mencatatkan 150,843 orang.

Walau bagaimanapun, negeri Kelantan masih mencatatkan mangsa banjir tertinggi dengan 85,761 orang berbanding negeri lain iaitu Terengganu (37,893) Negeri Sembilan (1,064) dan Kedah (8,461).

Sumber: Kosmo


We are hiring writers!
We are hiring writers!