fbp
WeirdKaya BM

“Biar Betul Pulut Dengan Ayam Goreng?” – Sureephorn Tawar Citarasa Unik Wajib Cuba!

Masakan Thailand pikat selera orang Malaysia

Makanan Thailand lebih sinonim dengan makanan yang begitu pedas. Dalam masakan Thailand terdapat empat rasa yang wajib iaitu pedas, manis, masin, dan pahit. Sudah mengikut adat, masakan Thailand akan dimakan dengan tangan kanan tetapi ia kini biasanya dimakan dengan garpu dan sudu.

- Advertisements -

Sureephorn! adalah gerai yang menyajikan hidangan pulut ayam thai dengan rasa yang cukup enak. Berlokasi di Kuala Lumpur, gerai ini dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 12 tengahari hingga 6.30 petang.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap gila nasi khao mok & pulut ayam thai sini, boleh makan tiap hari! #klfoodie #myfoodie #pulutayamthai #foodexploration #nasikhaomok #makananviral #viral #fyp ♬ DJ KAU TIGAKAN CINTAKU VIRAL – Remix – FDJ AMOY

Nasi Khao Mok Thai adalah menu wajib cuba apabila berkunjung ke gerai ini. Ayam goreng yang begitu juicy dan flavourful memang cukup puas hati. Sos Thai dengan rasa masam dan manis memang melengkapkan lagi rasa enak pada hidangan.

Thai Beef Noodle! Tekstur mi dimasak begitu sempurna dan hirisan daging melimpah memang tidak kedekut. Rasa kuah yang sangat meaty dan berempah memang meleleh air liur. Bukan itu sahaja, portion yang banyak memang sangat berbaloi.

- Advertisements -

Pulut Ayam Thai! Tekstur pulut yang tidak terlalu melekit ditambah bersama bawang goreng memang betul-betul memikat selera. Tak lupa juga Thai Tea yang sangat pekat dan pasti mampu menghilangkan rasa dahaga.

Biar betul pulut dengan ayam goreng

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji keenakan masakan Thailand yang dijual di Sureephorn dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!