Mi Tarik semakin hari semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat melayu. Mi Tarik dikatakan berasal dari China dan merupakan hidangan istimewa buat golongan kenamaan pada zaman pemerintahan Dinasti Qing.
Mi Tarik tidak sama dengan mi biasa kerana proses pembuatannya yang berbeza. Mi Tarik selalunya boleh didapati dengan pelbagai jenis iaitu berkuah atau kering. Mi Tarik selalunya dihidangkan bersama dumpling sebagaii bahan protein tambahan.
@ezlokal.food Mala Laksa, Seksyen 13 Shah Alam !! Such a nice place to hangout and have a light snack !! Seriously sedap & must try 😋 #malalaksa #hulu #cafe #seksyen13 #dumplings #foodexploration #myfoodie #MakanLokal #klfoodie #KongsiRezeki #fyp ♬ You Should See Me In A Crown (Tribute Version Originally Performed By Billie Eilish) – DJ Digital Beatz
Mala Laksa Mee Tarik & Dumplings, berlokasi di Tadiska Business Park, 64G, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor menjadi tarikan baru untuk merasai hidangan tersebut. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin gerai ini mula beroperasi pada jam 1 p.m. hingga 12.00 a.m.
Mi Tarik Mala Laksa Dumplings menu wajib cuba kerana keunikan rasanya yang begitu luar biasa. Menggunakan kuah istimewa campuran air kelapa dan serai menjadikan mi tarik ini berbeza dengan yang lainnya.
IndoMie Mala menu yang kelihatan biasa namun memberikan pengalaman makan yang sangat berbaloi. Tekstur dumpling yang enak dengan inti yang padat cukup memuaskan. Dalam pada itu, ditambah pula chili oil dengan menggunakan resepi rahsia memang cukup menagihkan.
Betul-betul pecah minyak ni.
Meninjau ke ruangan komen, warganet tidak sabar untuk merasai makanan di Mala Laksa dan ada juga yang meninggalkan review positif terhadap kafe terbabit.