fbp
WeirdKaya BM

“Betul Ke Sedap!” – Moshiyo Tawar Pencuci Mulut Persis Brand Terkemuka?

Manis di mulut, cair di hati!

Yogurt & Bubble Waffle bukan makanan yang asing di Malaysia. Pencuci mulut ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, manisan ini kebiasaannya dihadirkan dengan pelbagai topping yang enak. Rasa masam yogurt bersama topping pilihan seperti coklat pasti cukup menarik untuk dicuba.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap giler! Please cuba menu dalam video ni. Tak perlu masuk mall dah #klfoodie #frozenyogurt #bubblewaffle #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #virall #petalingjaya #moshiyo ♬ 왜요 왜요 – Shannon

Moshiyo! Gerai ini terletak di Taman Dato Harun, Petaling Jaya, Selangor. Dibuka setiap hari, Moshiyo mula beroperasi dari jam 11 pagi hingga 9.30 malam.

Frozen Yogurt with Matcha Choco Ball & Strawberry memang menu wajib cuba. Tekstur yogurt yang berlemak dan sedikit manis ditambah sos matcha yang pekat memang begitu enak.

- Advertisements -

Bubble Waffle juga tidak ketinggalan. Aiskrim yang penuh dan tidak kedekut pasti puas hati. Menariknya para pelanggan boleh memilih sendiri topping pilihan mengikut citarasa masing-masing.

Mango Yogurt Smoothie minuman yang sangat berlemak dan sangat sedap. Potongan buah manga yang cukup banyak menampakkan minuman ini cukup menyegarkan.

Sedap gila banyak kali repeat!

Menelusuri ke ruangan komen, warganet tidak sabar untuk merasai sendiri menu-menu yang terdapat di gerai terbabit dan ada juga yang meninggalkan komen balas yang positif.


We are hiring writers!
We are hiring writers!