fbp
WeirdKaya BM

“Beratur Lah Lepas Ni!” – Warung Cik Lah Tuai Perhatian Warganet.

Pedas berlemak sampai ke hati.

Nasi lemak adalah makanan yang cukup terkenal di Malaysia. Nasi lemak mudah didapati di mana-mana sahaja kerana ia boleh dijadikan menu sarapan pagi dan makan malam.

- Advertisements -

Nasi Lemak adalah hidangan yang mengenyangkan kerana mengandungi segala nutrien yang diperlukan tubuh badan. Nasi lemak selalunya dibezakan melalui sambalnya yang tidak sama di semua tempat.

- Advertisements -
@ezlokal.food Piniam dulu seratus nak beli nasi lemakk sedap !! #nasilemak #petalingjaya #tamanmedan #ezlokalmakan #foodexploration #tiktokmalaysia #fyp ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Warung Cik Lah, berlokasi di Taman Medan warung ini menjual nasi lemak yang sangat enak dan lazat. Berlokasi berhadapan klinik kesihatan taman mendan gerai ini sering dikunjungi pelanggan.

Nasi Lemak Rendang dan Daging Goreng Kunyit memang wajib cuba! Kombinasi rasa yang sangat memukau pasti menagihkan. Aroma rendang ayam yang kuat memang membuka selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.

- Advertisements -

Nasi Lemak Sambal Udang Petai! Tekstur rasa manis udang dicampur pula dengan petai memang gian habis. Sambal yang tidak terlalu pedas dan sedikit manis memang sesuai dinikmati oleh semua lapisan umur.

Nasi Lemak Paru! Paru yang dimasak garing memang crispy dan paling penting tidak terlalu muak. Terdapat juga sambal sotong yang sangat lembut dan tidak terlalu hanyir.

Wah meriah lauk pauk nya .. terliur tengok 😋

“beratur lah lepas ni! ” - warung cik lah tuai perhatian warganet. | weirdkaya
“beratur lah lepas ni! ” - warung cik lah tuai perhatian warganet. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji masakan di Warung Mak Jah dan meninggalkan review yang positif di ruangan komen.


We are hiring writers!
We are hiring writers!