fbp
WeirdKaya BM

Bayar Lebih RM400,000 Sales & Service Tax (SST), Aunty Ja Bangga Suka Dessert Makin Maju!

Rezeki orang baik :)

Usahawan terkenal, Aunty Ja sekali lagi tular di media sosial apabila menunjukkan jumlah Sales and Servive Tax (SST) yang perlu dibayar oleh Suka Dessert.

- Advertisements -

Menerusi perkongsian TikTok @Sukadesser.hq, Aunty Ja mengemukakan jumlah sebenar yang harus dibayar dan berasa kagum perniagaannya semakin maju.

- Advertisements -
@sukadessert.hq

Rutin dua bulan sekali. Alhamdulillah. Terima kasihh darlings sudi support SD. Ini hasil kita bersama tau.😁😍

♬ original sound – Sukadessert.hq

“Sekarang tiba masa untuk Suka Dessert bayar Sales and Service Tax (SST). Untuk bulan lapan dan sembilan, dua bulan sahaja Suka Dessert perlu membayar SST bernilai RM401,873.23.

“Alhamdulillah, kenapa Aunty Ja rasa bangga sangat bayar SST kerana ini adalah hasil daripada duit pelanggan yang membeli belah di Suka Dessert. Kalau semua ingin tahu, untuk F&B syarikat yang dapat hasil jualan lebih 1.5 Juta dalam setun wajib daftar SST dan wajib kena kan caj 6% SST kepada pelanggan,” ucap Aunty Ja.

- Advertisements -

Sementara itu, Aunty Ja memberitahu jumlah tax tersebut merupakan yang paling tinggi pernah dibayar dan ia hasil daripada beberapa operasi perniagaannya.

“Hasil sales ini adalah daripada kafe, event, dan juga perniagaan dalam talian sama ada di TikTok Shop mahupun ejen Suka Dessert.

“Aunty Ja rasa bangga sebab ini merupakan jumlah tax paling tinggi Suka Dessert pernah bayar. Aunty Ja rasa bangga sangat kami boleh ada sumbangan yang dapat diberikan kepada negara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Aunty Ja juga menzahirkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang sering memberikan kecaman tatkala dia memuat naik perkongsian mengenai pembayaran SST.

“Setiap kali Aunty Ja post tentang bayar tax mesti akan ada yang kata kenapa perlu bangga itukan duit pelanggan bukan duit kau.

“Ada juga yang kata lebih baik bayar zakat dan ada juga yang kata dah bayar tax tu lepas ni jangan lupa bayar zakat pula. Kadang-kadang rasa sedih kenapa ada orang yang berkata macam-macam. Setidaknya, cakaplah terima kasih ke tahniah ke sejuk sikit hati ni nak bayar,” tambah usahawan itu lagi.

- Advertisements -

Tahniah Aunty Ja dapat menyumbang kepada negara😍💙

Meninjau ke ruangan komen, warganet memberi ucapan tahniah dan mendoakan usahawan terbabit sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

Bayar lebih rm400,000 sales & service tax (sst), aunty ja bangga suka dessert makin maju! | weirdkaya
Bayar lebih rm400,000 sales & service tax (sst), aunty ja bangga suka dessert makin maju! | weirdkaya

We are hiring writers!
We are hiring writers!