fbp
WeirdKaya BM

“Banyak Sangat Letak Sayur Tu!” – Mr Popia Berniaga Sambil Beramal.

Pedas dan manis! Mr Popia buat ramai ketagih.

Popia adalah sejenis kuih yang enak dan boleh didapati di mana-mana sahaja. Popia disediakan dengan pelbagai cara antaranya goreng, basah, dan sira. Popia dihasilkan oleh beberapa bahan utama seperti kulit, sayur-sayuran, dan kuah sambal.

- Advertisements -

Popia adalah satu makanan yang mudah dinikmati kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sesuai dinikmati tatkala minum petang ia menjadi salah satu sebab mengapa popia sering laris terjual.

- Advertisements -

Mr Popia adalah gerai yang menjual aneka jenis popia yang pasti tidak mengecewakan para pelanggannya. Berlokasi di Jalan Nelayan 19B, Seksyen 19, 40300, Shah Alam dan gerai ini dibuka dari hari Ahad hingga Jumaat.

@ezlokal.food Sedap giler, rangup, pedas, manis semua ada! Menagihkan tak boleh stop makan. #klfoodie #popiasira #popiabasahviral #popiasirarangup #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #shahalamfoodie #seksyen19shahalam ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Popia Basah adalah menu yang wajib dibeli apabila berkungjung ke Mr. Popia. Saiz popia yang amat besar diisi dengan inti sayuran yang banyak pasti mengenyangkan. Taburan kacang di atas sambal popia menambahkan lagi rasa crunchy dan sedikit rasa manis.

- Advertisements -

Popia Sira! Menu yang satu ini pasti memikat selera siapa sahaja yang merasainya. Rasa pedas sambal dan kerangupan kulit popia yang digoreng memang pasti terbaik. Buat yang tidak makan pedas, di sini juga menjual popia goreng dan boleh memesan agar sambal tidak dituangkan bersama popia.

Banyak sangat letak sayur tu😂

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keenakan popia terbabit dan ada juga yang menyatakan hasrat mereka untuk menikmati semula Mr. Popia.


We are hiring writers!
We are hiring writers!