Putu Piring adalah kuih kegemaran orang tempatan kerana ia adalah satu pencuci mulut yang enak. Kuih tradisional Melayu ini menggunakan tepung beras sebagai bahan utama dan intinya pula diisi dengan kelapa parut bersama gula melaka. Putu Piring akan dikukus bersama kain muslin atau kain putih dan sesuai dinikmati pada waktu petang.
Putu Piring sedikit leper dan tekstur rasanya sangat manis dan berlemak. Putu Piring dikatakan sudah wujud beratus tahun dahulu dan ia berasal dari negara China. Namun ada juga pandangan menyatakan pencuci mulut ini berasal dari Tanah Melayu sejak tahun 1786 lagi.
@ezlokal.food Putu Piring makan sekali memang jatuh cinta and nak makan berulang kaliiiii. Paling pentingg, putu piring ni guna gula melaka, bukan gula merah ! 😭🤤😍 #putupiring #seksyen19shahalam #gulamelakaasli #putupiringmymom #foodlover #foodie #ezlokal #wajibcuba #foodexploration #fyp #tiktokmalaysia #myfoodiesharing ♬ Angau – FAHIMI
Putu Piring My Mom, lokasi terbaik untuk menikmati kuih tradisional ini. Gerai ini bertempat di Jalan Nelayan 19/E Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.
Putu Piring My Mom adalah putu terbaik di Shah Alam. Menggunakan kelapa parut yang segar dan asli membuatkan rasanya lebih enak dan pasti memikat selera. Harga untuk satu set Putu Piring hanyalah RM5 dan ia sangat berbaloi dengan portion yang amat banyak.
Putu Piring ini menjadi lebih enak apabila dimakan sewaktu masih panas lagi. Gula melaka yang banyak dan cair di mulut memang satu kepuasan yang sukar diungkapkan. Bukan Itu sahaja, tepung yang digunakan juga tidak bergumpal dan mudah hancur tatkala dimakan.
Memang Banjir Gula Melaka
Menelusuri ke ruangan komen warganet terliur melihat keenakan Putu Piring My Mom dan tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.