fbp
WeirdKaya BM

Ayam Goreng Jadi Bahan Sentimen Perkauman, Teresa Kok Mohon Rakyat Bertenang!

Sikit-sikit boikot.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok memohon semua rakyat dapat bertenang agar dapat mengatasi masalah rentetan isu melibatkan perkauman dan agama di negara ini.

- Advertisements -

Baru-baru ini telah tular satu komen yang ditinggalkan oleh restoran tempatan Darsa Fried Chicken yang dikatakan mempunyai unsur perkauman dan menyebabkan perasaan kurang senang terhadap sesetengah kaum lain.

- Advertisements -

Menurut Kok dia berasa amat kecewa akan komen yang dimuatnaik di platform Facebook oleh restoran terbabit dan meminta untuk semua kekal tenang supaya masalah ini dapat ditanggani dengan segera.

Kok juga menjelaskan dendam dan boikot tidak perlu dilakukan kerana ia hanya akan mendatangkan keburukan dan tidak dapat menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi pihak restoran terbabit telah membuat permohonan maaf.

- Advertisements -

“Tidak dinaafikan bahawa kenyataan ‘type c’ tidak wajar. Amat dikesali dan mengecewakan, ayam goreng pun jadi modal unsur perkauman.

“Bagaimanapun, pihak restoran telah memohon maaf dan menyatakan dengan jelas bahawa ia mengalu-alukan semua kaum dan agama. Jadi kita lupakan,” jelasnya.

Kok juga cakna akan permintaan segelintir pihak yang meminta agar jenama ini diboikot namun meminta agar perkara ini tidak dilakukan sama sekali. Perbuatan boikot hanya boleh merosakkan perniagaan dan menjejaskan mata pencarian.

“Kita tidak seharusnya mengamalkan pemikiran yang sama seperti mereka yang menyemarakkan isu KK Mart. Kita tidak sepatutnya merosakkan perniagaan Malaysia.

“Memandangkan Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama, pasti ada pergeseran seperti di negara lain dan akan ada pihak yang cuba memanfaatkan perbezaan kita dan bukannya meraikan persamaan untuk kepentingan peribadi mereka.

“Tetapi rakyat Malaysia tidak seharusnya menjadi mangsa kepada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu atau mengambil tindakan membalas dendam,” jelasnya lagi.

- Advertisements -

Sekadar info, restoran Darsa Fried Chicken telah mula dibuka pada 29 April 2024 dan bertempat di Rawang, Selangor.

Sumber: ohmymedia


We are hiring writers!
We are hiring writers!