fbp
WeirdKaya BM

Asyik Kongsi Resepi Air Manis & Masak Sedap, Khairul Aming Dedah Rahsia Badan Fit… Main Gym Sebelum Berbuka!

Macam tu je dia gula-gulakan kita :)

Pempengaruh Khairul Aming yang terkenal dengan perkongsian 30 Hari 30 Resepi pada bulan Ramadan sekali lagi menjadi perhatian warganet.

- Advertisements -

Anak jati kelahiran Kelantan itu, mendedahkan rahsia untuk kekal sihat biarpun acap kali menyediakan pelbagai hidangan dan minuman manis yang boleh meningkatkan berat badan.

- Advertisements -
@khairulaming Masak sedap-sedap tapi portion makan kena jaga. Barulah fit di pagi syawal nanti hehe 🤣🤣 Selamat berpuasa guys! #KongsiSelera #KongsiBersama #IftarwithKhairulaming ♬ original sound – Khairulaming

Menerusi hantaran yang dibuat di TikTok miliknya, Khairul Aming menjelaskan dia masih mengawal pengambilan makanan hariannya dan melakukan senaman secara berkala.

“Ini makanan yang Khairul Aming makan untuk kawal berat badan dan bagi fit. Untuk sahur, makan high protein iaitu ayam bakar dalam air fryer, telur mata dan dua gelas air kosong.

- Advertisements -

“Petang pula dalam pukul 3.30 pergi gym, buat weight training dan selalunya akan workout hampir setiap hari”. Katanya.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga menjelaskan betapa pentingnya pengambilan makanan sewaktu bersahur untuk membekalkan tenaga yang mencukupi bagi melakukan aktiviti harian.

“Oleh itu, pentingnya bersahur sebab kita perlukan tenaga. Tak mahu lah pergi gym badan jadi lembik, kita bersenam sahaja selagi yang boleh kemudian baru berbuka puasa”. Ujarnya lagi.

Usahawan muda ini sempat berseloroh menjelaskan makanan yang dimasak tidak semuanya dimakan tetapi akan dihabiskan oleh rakan serumah.

“Tak semua yang saya masak, saya makan. Housemate yang akan habiskan.

“Pergi bazar sahaja beli makanan sedap tapi masih kawal portion sama juga seperti memasak. Masak sedap-sedap tapi kawal portion dan teruskan bersenam.” pesannya lagi.

- Advertisements -

Oh dia diet rupanya, time video bukan main asyik kodak air manis-manis.

Asyik kongsi resepi air manis & masak sedap, khairul aming dedah rahsia badan fit... Main gym sebelum berbuka! | weirdkaya
Asyik kongsi resepi air manis & masak sedap, khairul aming dedah rahsia badan fit... Main gym sebelum berbuka! | weirdkaya
Asyik kongsi resepi air manis & masak sedap, khairul aming dedah rahsia badan fit... Main gym sebelum berbuka! | weirdkaya

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya terkejut melihat perkongsian rutin harian Khairul Aming dan ada juga yang berseloroh menyatakan dirinya telah tertipu kerana sering mengikuti segala resepi sehingga kelihatan sedikit berisi.


We are hiring writers!
We are hiring writers!