Nasi Lemak merupakan makanan yang ikonik kerana sudah menjadi simbolik terhadap negara Malaysia. Nasi Lemak juga merupakan hidangan tradisional orang Melayu dan digemari semua bangsa di Malaysia.
Nasi Lemak, makanan yang sangat komplek kerana mengandungi kandungan protein dan karbohidrat yang tinggi. Hidangan ini cukup mengenyangkan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja.
Baru-baru ini tular satu video memperlihatkan sebuah gerai Nasi Lemak yang penuh, dibanjiri pelanggan di platform TikTok.
@ezlokal.food Berani Jamin, Ini nasi lemak paling sedap di Shah Alam! Mereka ada jual untuk sahur sepanjang ramadan ni! Sampai hari ni teringat rendang daging & nasi lemak beraroma tu #foodhuntingkl #klfoodie #MakanLokal #malaysiafood #MYFoodie #kongsiselera #kongsibersama #bukapuasa #sahur #Ramadan ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾
Nasi Lemak Malam, bertempat berhadapan Watson Alam Avenue Shah Alam, gerai ini dibuka bermula jam 12 pagi sehingga habis jualan.
Apa yang menarik? Terdapat pelbagai aneka lauk pauk yang begitu lazat dengan portion yang amat banyak. Sambal Nasi Lemak yang tidak terlalu pedas dan sedikit manis menjadi rebutan utama para pelanggan.
Sambal paru yang kering dan tidak berbau merupakan menu wajib beli apabila singgah ke gerai ini. Dalam pada itu, rendang daging dan ayam masak merah juga merupakan menu paling laris yang cukup menagihkan.
Nasi lemak malam paling sedap. Sambal manis-manis pedas, lauk-pauk pun semua sedap.
Meninjau ke ruangan komen, warganet mengakui keenakan Nasi Lemak Malam dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.